Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Pages

Saturday 21 December 2013

GADIS INDIA DITEMUI MATI AKIBAT DITIKAM 5 KALI DI PERUT



Seorang gadis ditemui mati dalam keadaan hanya memakai pakaian dalam bersama kekasihnya dengan beberapa kesan tikaman di tubuh mereka di sebuah unit apartmen di Damansara Damai, di sini.

Gadis itu, K.Shanmugavalli, 18, ditemui dalam keadaan terlentang dengan lima kesan tikaman di bahagian perut, manakala teman lelakinya, Mohinder Pal, 24, yang merupakan buruh binaan ditikam sebanyak tujuh kali.

Menurut pihak polis, pasangan itu dipercayai mati sekitar empat hingga enam hari lalu dan ditemui oleh seorang pengutip hutang yang datang untuk menagih bayaran sewa bulanan, Rabu lalu.

Sebilah pisau yang dipercayai senjata pembunuhan itu ditemui di sebelah tubuh Mohinder yang dalam keadaan tertiarap.


Sebelum itu, keluarga gadis tersebut pernah membuat laporan mengenai kehilangannya sejak 13 Disember yang lalu.

Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Rahim Jaafar berkata, siasatan awal melaporkan ibu-bapa Shanmugavalli menafikan anaknya mempunyai hubungan dengan mangsa yang merupakan warganegara India itu.

“Kami akan menyiasat dari segenap sudut, termasuklah kemungkinan pembunuhan itu bermotifkan cemburu,” ujarnya.

Menurutnya lagi, lelaki itu telah menyewa unit tersebut sejak dua bulan lalu.

Abdul Rahim turut menjelaskan, tiada tanda pecah masuk kecuali kunci yang telah dipecahkan oleh pengutip hutang itu untuk masuk ke dalam rumah.

Mayat Shanmugavalli telah dituntut oleh keluarganya di Hospital Sungai Buloh, semalam

No comments:

Post a Comment

 

Sample text

Sample Text

Sample Text


 
Blogger Templates