Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Pages

Friday 20 December 2013

JARI KAKITANGAN TNB HAMPIR PUTUS BERHADAPAN DENGAN PERAGUT



Kejadian berlaku Selasa lalu di kawasan perumahan Bandar Baru Kuala Selangor ketika seorang kakitangan Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang sudah habis kerja singgah sebentar di rumahnya untuk menunaikan sembahyang Zohor

Dalam kejadian sekitar pukul 1 petang, mangsa, Tasmimuddin Tanzimuddin, 56,  sedang duduk di ruang tamu apabila tiba-tiba mendengar suara isterinya menjerit di luar rumah.

Menyedari sesuatu yang kurang baik berlaku, beliau terus berlari keluar rumah sebelum melihat seorang pemuda bertopi keledar memegang leher isterinya dengan sebelah tangan, manakala tangan sebelah lagi memegang parang yang sudah diangkat ke udara.

Menurut mangsa, beliau terus meluru dan menarik isterinya ke tepi dan pada masa yang sama mengangkat tangannya untuk menahan parang yang dihayun daripada terkena isterinya.

“Penyamun itu mahu melibas parang ke arah kepala isteri saya tetapi saya terus menahannya sambil menolak isteri saya ke tepi. Libasan itu terkena tangan saya,” katanya ketika ditemui selepas kejadian itu.

Akibat kejadian tersebut, mangsa nyaris kehilangan dua batang jari tangan kanan.

Beberapa jiran yang menyedari kejadian itu kemudian bertindak mengejar peragut berkenaan tetapi dia berjaya melarikan diri dengan motosikal yang dibawa rakannya.

Apa yang menarik perhatian penulis yang turut hadir di tempat kejadian ialah mangsa selepas dibalut lukanya tidak mahu terus ke hospital.

“Berikan saya 5 minit, saya hendak sembahyang kejap,” katanya.

Hanya selepas menunaikan kewajipan baru mangsa pergi ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Terdahulu, selain Tasmimuddin, seorang wanita lain di taman bersebelahan turut menjadi mangsa tetakan dipercayai oleh peragut yang sama.

Keadaan itu menimbulkan kegemparan di kalangan penduduk daerah itu yang bimbang dengan keganasan yang dipertontonkan oleh kumpulan penjenayah

No comments:

Post a Comment

 

Sample text

Sample Text

Sample Text


 
Blogger Templates