Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Pages

Saturday 21 December 2013

KDN ZALIM-HASUT GULINGKAN KERAJAAN GUNA MEDIA @DrNovandri @KDNPUTRAJAYA @Zahid_Hamidi @MuaamarGhadafi




Penggantungan Permit akhbar The Heat oleh KDN pada hari lalu telah mendatangkan rasa ketidakpuasan hati oleh Hata Wahari yang merupakan bekas Presiden Kesayuan Wartawan Malaysia (NUJ) yang turun berdemo menghasut para penggiat media supaya menyertai beliau.

"Mari kita bersama-sama bersatu hati membuat demonstrasi besar-besaran di mana kita memilih satu hari untuk tidak membuat liputan, kita kosongkan media-media online, letakkan warna  hitam dalam media online, akhbar dan pelbagai lagi media.

Mari kita berdemonstrasi di hadapan pejabat Perdana Menteri, Putrajaya untuk menyatakan bantahan kita terhadap kerajaan dan Kementerian Dalam Negeri.

Saya boleh memberi lagi tindakan-tindakan yang ekstrem tetapi saya percaya tidak ramai wartawan yang sanggup melakukkannya, kerana saya percaya sebilangan besar wartawan-wartawan di Malayia ini merupakan wartawan dunia ketiga yang tidak sanggup berkorban untuk memperjuangkan nilai-nilai kewartawanan dan kebebasan media.

Sehubungan itu saya menyeru kepada rakan-rakan wartawan marilah kita bersatu hati, berpadu tenaga untuk melawan kezaliman kerajaan dan pemimpin-pemimpin ke atas kita wartawan di Malaysia ini. Cukuplah kita ditekan selama ini, sekarang masa untuk bertindak dan melawan".

Penggantungan Permit akhbar itu telah dipersetujui oleh banyak pihak kerana akhbar itu telah banyak mengeluarkan isu isu yang direka sendiri dan menokok tambah sesuatu cerita dengan melampau.Sebelum ini amaran demi amaran telah dikeluarkan tetapi diabaikan oleh editor kerana yakin pihak KDN tidak berani mengambil tindakan terhadap mereka.

Kini Utusan pula dikecam kerana Utusan adalah akhbar rasmi yang menyampaikan maklumat yang berkait dengan kerajaan.Mengikut sumber apabila di soal tentang ruang kebebasan akhbar seperti Keadilan daily,Malaysiakini dan Harakah yang merupakan lidah rasmi suara pembangkang di Malaysia mereka enggan memberikan komen dan pandangan kerana ingin fokus terhadap tajuk protes yang dianjurkan mereka.

No comments:

Post a Comment

 

Sample text

Sample Text

Sample Text


 
Blogger Templates