Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Pages

Wednesday 18 December 2013

KEMALANGAN-GAMBAR SEKITAR KEBAKARAN NISSAN SKYLINE





Seperti yang kita sedia maklum, enam orang rentung selepas kereta yang mereka naiki merempuh sebuah tiang lebuh raya, meletup dan terbakar berhampiran bulatan Kampung Pandan, awal pagi Rabu

Seramai enam individu maut dalam insiden kemalangan ngeri membabitkan sebuah kereta jenis Nissan Skyline yang berlaku di Bulatan Kampung Pandan berhampiran Kompleks Sukan Kampung Pandan di sini, awal pagi tadi.Dalam kemalangan kira-kira jam 12.30 malam itu, kereta yang dinaiki oleh tiga lelaki dan tiga wanita itu dalam perjalanan menuju ke Kampung Pandan sebelum terbabas lalu merempuh tembok jejambat kemudian memasuki laluan bertentangan.

Pemandu dan penumpang kereta itu dipercayai gagal menyelamatkan diri selepas kenderaan tersebut terbakar.Komanden operasi kanan, Hamid Daud berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 12.42.

“Seramai 13 anggota dan pegawai dari Balai Bomba Dan Penyelamat Pudu dan Hang Tuah tiba ke lokasi kira-kira 10 minit kemudian,” katanya
Beliau berkata, api marak dan kesemua mangsa yang terlibat dalam kemalangan itu rentung.

“Kita berjaya mengeluarkan kesemua mangsa yang tersepit itu kira-kira 20 minit.

“Identiti kesemua mangsa masih belum dapat dikenalpasti berikutan keadaan semua mangsa rentung,” katanya.
Kesemua mayat di hantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat

Mangsa-mangsa yang dipercayai mempunyai pertalian keluarga, sedang dalam perjalanan dari Lebuhraya SMART menuju Jalan Perkasa, dalam kejadian kira-kira pukul 12.42 pagi apabila seorang saksi berkata kereta Nissan Skyline biru mereka hilang kawalan dan merempuh tiang konkrit.






Kereta itu meletup ketika bertembung dan terseret beberapa meter sebelum berhenti sepenuhnya.

No comments:

Post a Comment

 

Sample text

Sample Text

Sample Text


 
Blogger Templates