Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Pages

Wednesday, 4 December 2013

MALAYSIA-RANKING DUNIA DAN TAHAP RASUAH




Indeks Persepsi Rasuah 2013 (Corruption Perceptions Index 2013 – CPI) yang baru dikeluarkan oleh Transparency International telah menyenaraikan Malaysia di tangga ke 53 daripada 177 buah negara dan wilayah yang terlibat berdasarkan tahap rasuah di institusi pentadbiran dan politik dari skala 0 (sangat korup) hingga 100 (sangat bersih).


Secara keseluruhan, tidak terdapat sebarang negara yang mempunyai skor yang sempurna, dan dua per tiga daripada negara-negara yang terlibat berada di bawah skala 50. Secara tidak langsung menunjukkan bahawa masalah rasuah cukup serius di seluruh dunia.

Ranking Indeks Persepsi Rasuah 2013 (CPI 2013)

Berdasarkan ranking yang dikeluarkan oleh Transparency International, berikut dirumuskan kedudukan 10 negara yang paling bersih dan 10 negara yang paling korup untuk tahun 2013.

10 Negara Paling Bersih Dari Rasuah 2013

Denmark (91)
New Zealand (91)
Finland (89)
Sweden (89)
Norway (86)
Singapore (86)
Switzerland (85)
Netherlands (83)
Australia (81)
Canada (81)
10 Negara Paling Korup 2013

Syria (17)
Turkmenistan (17)
Uzbekistan (17)
Iraq (16)
Libya (15)
South Sudan (14)
Sudan (11)
Afghanistan (8)
North Korea (8)
Somalia (8)
Malaysia Di Tangga Ke 53 Indeks Persepsi Rasuah 2013


Untuk Malaysia, kita berada di tangga ke 53 secara keseluruhan menyamai Turkey dengan skor 50, meningkat 1 mata berbanding tahun sebelumnya (49 – 2012) dan berada di kalangan satu pertiga negara – negara yang bersih dari rasuah. (cukup – cukup makan).

Di kalangan negara – negara Asia Tenggara, Malaysia berada di tangga ke 3 di belakang Singapura di tangga ke 5 (86), dan Brunei di tangga ke 38 (60). Selebihnya, Filipina – 94 (36), Thailand – 102 (35), Indonesia – 114 (32), Vietnam – 116 (31), East Timor – 119 (30), Laos – 140 (26), Myanmar – 157 (21), dan Cambodia – 160 (20).

Masih banyak usaha yang perlu dilakukan untuk mengatasi masalah rasuah di Malaysia. Rasuah hanya dapat ditangani jika wujudnya kerjasama yang padu antara semua pihak samada kerajaan, pihak berkuasa, dan yang paling penting adalah rakyat itu sendiri

No comments:

Post a Comment

 

Sample text

Sample Text

Sample Text


 
Blogger Templates