Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Pages

Thursday 19 December 2013

MURTAD-BANGGA BENAR ANAK MELAYU INI




DALAM masa beberapa bulan ini, kelihatan senyap sedikit kenyataan daripada seorang pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Khalid Ismath yang sering mengeluarkan kenyataan kontroversi sebelum ini.


Bagaimanapun tersebar di laman Facebook hari ini, ialah status Khalid yang macam berbangga memuatnaik gambarnya dengan penerangan bahawa dia bersama rakannya baru sahaja meminum Holy Water.

Holy Water ialah sejenis air yang telah diberikan restu oleh simbol agama Kristian atau paderi.

Tujuan Holy Water ialah untuk diminum oleh bakal penganut agama Kristian bagi menyucikan dirinya mengikut acuan Kristian sebelum melalui upcaya pembaptisan.

Di laman Facebook Khalid, dia memaklumkan sudah meminumkan Holy Water bersama seorang mahasiswa Syariah Perundangan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

Adakah mereka ini hendak memeluk agama Kristian pulak?
Sudahlah dengan Khalid dilabel sebagai pengikut fahaman Syiah selepas di laman Facebooknya kelihatan banyak kemaskini dan kata-kata memuji rejim Syiah di Iran.

Apakah tujuan mereka berdua ini memuatnaik gambar dengan bangga menyatakan bahawa mereka telah meminum Holy Water??
Sikap mereka itu bukan sahaja tidak sesuai sebagai penganut Islam, malah turut mempermainkan agama Kristian juga

No comments:

Post a Comment

 

Sample text

Sample Text

Sample Text


 
Blogger Templates