Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Pages

Monday 2 December 2013

NORA DANISH DAN BOSS NED SAMBUT RAIKAN BIRTHDAY ANAK BERSAMA @thedamis @_bossned_ @danishnadya




Hubungan mesra yang terjalin di antara aktres comel Nora Danish dan anak Menteri Pelancongan, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz, Nedim Nazri kini bukan lagi menjadi rahsia.


Jika anda mengikuti perkembangan Instagram Nora, setiap hari pasti sahaja ada gambar pelakon tersebut bersama jejaka itu.

Terbaru, Nora dilihat bersama-sama meraikan ulangtahun kelahiran kedua anak Nedim iaitu Nedrin Nazri Aziz.


Bertemakan merah dan putih, banyak juga selebriti yang dilihat hadir pada majlis tersebut.


Antaranya rakan baik Nora, Betty Rahmad, Zareema Zainal dan juga pemain bola sepak kebangsaan, Aidil Zafuan yang dikatakan kini sedang menyulam cinta dengan Zareema.

Selain itu, anak Nora, Putra Rayqal turut kelihatan bersama-sama ibu dan kakak kepada pelakon comel itu.
Melihat daripada gambar-gambar ini, dapat dilihat kemesraan yang terjalin di antara Nora dan Nedim terhadap anak masing-masing.


Pastinya peminat setia Nora tidak sabar untuk melihat artis kesayangan mereka itu naik pelamin lagi selepas kehancuran rumah tangganya sebelum ini.


No comments:

Post a Comment

 

Sample text

Sample Text

Sample Text


 
Blogger Templates