Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Pages

Sunday 15 December 2013

PELANGGAN P1 WIMAX MENGAMUK KERANA DITIPU




Nampaknya, masalah penipuan pelanggan oleh P1 Wimax semakin menjadi-jadi. Pihak P1 seperti enggan mengambil tindakan mententeramkan pengguna mereka yang kini telah pun menubuh satu group di Facebook dengan penyertaan seramai 12,243 pengguna Facebook

Group Facebook yang menggunakan nama P1 Wimax Sucks itu kini mendapat perhatian orang ramai termasuk wartawan dari Malay Mail. Segala apa ketahian yang dilakukan oleh pihak P1 Wimax akan dibongkarkan tidak lama lagi


Hari ini, tersebarnya satu gambar di mana cawangan kecil P1 Wimax di Selayang Mall telah diserang oleh penggunanya yang berang dengan tindakan P1 Wimax yang telah menyebabkan dirinya di CTOS walaupun dia telah berhenti melanggan perkhidmatan P1 Wimax.

Tiada cerita yang sahih mengenai kejadian tersebut. Apa yang pasti, kedai agen P1 Wimax berkenaan teruk di serang oleh penggunanya.

Juga didedahkan di sini, P1 Wimax kini menggunakan khidmat orang luar untuk memunggut hutang pengguna yang masih belum diselesaikan. Jawatan pemunggut hutang P1 Wimax itu dibayar dengan upah sebanyak RM7,000 sebulan. Tidak hairanlah P1 Wimax begitu agresif bertindak mengutip hutang dari pengguna yang tidak bersalah kononnya mereka hanya mengikut undang-undang


Semakin lama, semakin banyak pendedahan dikongsikan dalam group tersebut. Sehingga pelbagai inisiatif dilakukan oleh mereka yang prihatin termasuk mengajak orang awam memboikot P1 Wimax seperti di bawah



Juga, pelbagai gambar yang melibatkan P1 Wimax digunakan untuk menjelaskan kepada orang ramai bahawa P1 Wimax sudah tidak lagi relevan untuk dilanggan

No comments:

Post a Comment

 

Sample text

Sample Text

Sample Text


 
Blogger Templates