Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Pages

Wednesday, 25 December 2013

PENCIPTA RIFEL AK-47 MATI





Pencipta dan ikon senjata rifel AK-47, Mikhail Kalashnikov meninggal dunia semalam pada usia 94 tahun setelah di masukkan ke Unit Rawatan Rapi di Izhevsk sejak 17 November lepas. Walaubagaimanapun, punca kematian tidak didedahkan. Bakat dan kepintarannya dikagumi dunia, namun legasi beliau lebih menonjol dan kontroversi apabila senjata ciptaannya digunakan dalam beberapa siri konflik berdarah di negara-negara di seluruh dunia.
Sementara itu, Presiden Rusia, Vladimir Putin meluahkan rasa sedih di atas pemergian jurutera yang termashyur itu.

Sebelum ini, Kalashnikov telah disahkan menghidapi masalah jantung dan usus, dan pada 17 November lepas beliau dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi di Izhevsk di pusat bandar Rusia. Punca kematian beliau akan diumumkan secara rasmi apabila bedah siasat selesai dilakukan.


Beliau selalu ditanya adakah beliau menyesali menghasilkan senjata yang mungkin telah membunuh manusia sejak lebih dari 50 tahun yang lepas.

"Aku menciptanya untuk melindungi tanahair (Rusia). Aku tidak menyesal dan tidak bertanggungjawab di atas tindak tanduk ahli-ahli politik yang menggunakannya",  kata beliau.

"Aku berbangga dengan ciptaanku, tapi aku sedih ia (rifel AK-47) digunakan oleh pengganas," katanya lagi.

"Aku lebih suka mencipta mesin yang mampu membuat kerja-kerja seharian dan membantu para petani membuat kerja mereka - contohnya mesin pemotong rumput."

Malah, beliau menghabiskan sebahagian besar hidupnya bekerja di kilang beliau di Izhevsk yang akhirnya dinamakan sempena namanya, menghasilkan mesin pemotong rumput mekanikal pintar untuk lebih mudah menjaga rumput di rumahnya.


Sejarah Hidup Kalashnikov

Dilahirkan pada tahun 1919, Mikhail merupakan anak ke-17 dari pasangan petani yang kaya. Ketika beliau berumur 11 tahun, sewaktu era pemerintahan Joseph Stalin, dalam kempen pengumpulan oleh kerajaan telah mengarahkan agar tanah milik ibubapa beliau dirampas dan seluruh keluarga dibuang ke Siberia.

Sebagai sebuah negara kuasa besar yang sedang menghadapi peperangan yang tidak dapat dielakkan, Kalashnikov memilih untuk menyertai pasukan briged kereta kebal.

Kemahiran beliau dalam bidang kejuruteraan menjadi semakin ketara selepas itu. Beliau dibenarkan membuat beberapa pengubahsuaian - pembilang tembakan kereta kebal, meter masa - yang bakal diterima pakai oleh Tentera Merah keseluruhan, dan seterusnya menjadikan beliau terkenal.

Kalashnikov yang ketika itu bertugas sebagai komander kereta kebal terpaksa direhatkan beberapa bulan pertama ketika berlaku konflik di Perbatasan Timur, apabila letupan mengoyakkan bahunya.

Kalashnikov berkata idea tersebut timbul ketika beliau dirawat di hospital.


Rifel AK-47 telah memenuhi citarasa rekabentuknya dengan sempurna, walaupun Kalashnikov tidak mungkin mengetahui siapa yang akan menggunakannya. Lebih dari 60 tahun selepas ia dicipta, ia kekal senjata yang paling banyak dihasilkan di dunia.

Sumber nukilan si kenit

No comments:

Post a Comment

 

Sample text

Sample Text

Sample Text


 
Blogger Templates