Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Pages

Friday 6 December 2013

PENDERAAN TERHADAP SUAMI MAKIN MENINGKAT DI MALAYSIA




Menteri Pembangunan Wanita dan Masyarakat, Datuk Rohani Abdul Karim mendedahkan data itu dalam jawapan bertulis yang diedarkan di Parlimen semalam ini.

“Jumlah kes keganasan rumah tangga yang berlaku terhadap suami dari 2008 hingga Julai 2013 adalah sebanyak 332 kes,” katanya.

Jumlah kes tertinggi dicatatkan pada 2008 dengan 107 kes.

“Setiap kes keganasan rumah tangga termasuk terhadap suami adalah dilindungi di bawah Akta Keganasan Rumah Tangga 1994,” katanya.

Selain itu, seramai 253, 715 lelaki adalah duda atau bercerai atau berpisah tetap berdasarkan Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2010 yang dijalankan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia.

“Angka ini merupakan 3.9% daripada lelaki yang pernah berkahwin.
“Daripada jumlah berkenaan, seramai 201,012 (79.2%) kematian isteri manakala 52,703 (20.8%) pula kerana bercerai,” katanya.

Sebanyak RM42, 557, 438 bantuan kewangan diperuntukan menerusi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kepada golongan duda atau bapa tunggal yang menyara anak melalui Bantuan Kanak-Kanak.

Sabah mencatatkan peruntukan terbesar yang menerima bantuan tersebut sebanyak RM12,681, 313, diikuti Selangor sebanyak RM6,232,160 dan Kedah sebanyak RM5,360, 910

No comments:

Post a Comment

 

Sample text

Sample Text

Sample Text


 
Blogger Templates