Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Pages

Thursday 19 December 2013

RITA RUDAINI BERANG DAN MASIH BERCAKAP TENTANG "SUSU"



Sebelum ini, Aidil Zafuan menyatakan perasaan tidak puas hatinya kepada media massa kerana menganggap jumlah nafkah RM5,392 yang dituntut oleh bekas isteri, Rita Rudaini adalah tidak munasabah dan terlalu mahal

Bagi Aidil, perbelanjaan kedua-dua anaknya adalah sekitar RM2,000 hingga RM4,000 selepas mengambil kira kos perubatan, keperluan harian, pendidikan, sewa rumah dan kos luar jangka.

Rita Rudaini memberitahu jumlah nafkah yang dituntut sangat munasabah dan tidak keterlaluan. Katanya, Aidil perlu bersyukur dengan jumlah tuntutan itu kerana telah diberikan potongan diskaun dengan mengecualikan beberapa perbelanjaan penting lain.

“Hanya orang yang mempunyai anak saja yang tahu dan faham tentang perbelanjaan anak-anak. Itupun saya dah bagi diskaun pada dia. Dan nasib baik saya bekerja.”

“Masa saya dengan dia pun, saya yang uruskan hal anak. Lebih-lebih lagi dengan kos hidup di zaman sekarang. Kalau nak cakap, anak-anak sudah besar tidak perlu lagi minum susu. Rasanya orang dewasa macam kita pun, kena minum susu sampai tua, kan.”

Selain itu, Rita Rudaini turut menegaskan bahawa di sebalik kehidupan mereka yang serba mewah, beliau tidak pernah mengajar anak-anaknya berbelanja secara membazir dan mengikut hawa nafsu.

“Saya tak pernah ajar anak-anak saya hidup mewah. Saya mampu untuk berikan semua itu kerana mereka anak kandung bukan anak tiri saya. Selagi saya mampu, saya akan berikan yang terbaik untuk anak-anak saya.”

No comments:

Post a Comment

 

Sample text

Sample Text

Sample Text


 
Blogger Templates