Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Pages

Monday 2 December 2013

SAH!! TARIF ELEKTRIK NAIK




Tarif elektrik akan naik sebanyak 15 % bagi Semenanjung Malaysia dan 17 % bagi Sabah dan Labuan mulai tahun hadapan, kata Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Dr Maximus Johnity Ongkili. “Purata tarif elektrik di Semenanjung Malaysia akan naik sebanyak 4.99 sen bagi satu kilowatt (KWJ) atau 14.89% daripada kadar purata semasa daripada 33.54sen/kWh kepada 38.53 sen/kWh.

“Bagi Sabah dan Labuan, purata tarif elektrik akan naik sebanyak 5.0 sen setiap KWJ atau 16.9 %, daripada 34.52 sen setiap KWJ kepada 29.52 sen per Kwh,” katanya pada sidang media di lobi Parlimen pada Isnin. Bagaimanapun Sarawak tidak akan terjejas dengan kadar terbaru yang akan berkuatkuasa mulai 1 Januari 2014, katanya.

Bagaimanapun, 70.67 peratus atau 4.56 juta daripada keseluruhan 6.45 juta pengguna domestik di Semenanjung dan 62 peratus atau 260,000 daripada 418,000 pengguna domestik di Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, yang menggunakan elektrik pada kadar 300 KWJ dan ke bawah, tidak terlibat dengan semakan itu.

Ketika mengumumkan semakan itu di Parlimen, Ongkili berkata kerajaan akan terus membantu dengan memberikan rebat kepada pengguna yang bil elektriknya berjumlah RM20 dan ke bawah sehingga 31 Disember 2014. “Ekoran pelaksanaan tarif baharu ini, kerajaan masih menanggung subsidi melalui pelepasan hasil perolehan gas asli sebanyak RM14 bilion setahun bagi pengguna elektrik di Semananjung Malaysia, dengan RM2.4 bilion setahun khusus oleh pengguna domestik kurang daripada 300 KWJ sebulan.

Apa lagi boleh kita buat, terimalah seadanya dan pandai-pandailah berjimat cermat.

No comments:

Post a Comment

 

Sample text

Sample Text

Sample Text


 
Blogger Templates