“Rasa seperti ada batu-batu kecil menyakiti tubuh saya,” itu antara pengalaman dirasai seorang peniaga, Mohamad Kamal Abdul Latiff, 35 dalam satu kejadian ribut, di sini, kelmarin.
Kejadian kira-kira jam 3.30 petang itu, rata-rata peniaga pasar malam yang baru memulakan perniagaan dikejutkan dengan kehadiran angin kencang dan hujan lebat berupa ketulan ais. Menurutnya, ketika kejadian, dia baru sahaja membuka khemah untuk menjual hasil laut.
Tdak sampai 10 minit, tiba-tiba hujan lebat melanda diikuti ribut hingga menyebabkan beberapa khemah hampir tumbang. Insiden tersebut pertama kali berlaku sepanjang 10 tahun dia berniaga di kawasan berkenaan.
Susulan kejadian ini, hampir semua peniaga tak jadi berniaga dan mengemas barang dan peralatan masing-masing.
Difahamkan, selain merosakkan khemah peniaga, beberapa papan tanda turut tumbang akibat ribut namun tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan.
Di bawah pula adalah bukti kepada fenomena hujan ais yang dilaporkan. Kejadian berlaku pada 19 Disember 2013 sekaligus membuktikan bahawa dakwaan peniaga terbabit adalah benar dan sahih.
No comments:
Post a Comment