Sebelum ini kecoh media sosial apabila tersebarnya satu video kejam kumpulan gangster secara beramai-ramai menetak dengan parang seorang lelaki India sehingga mati.
Kini, tersebar pula gambar ngeri didakwa mayat lelaki tersebut yang menunjukkan kesan tetakan di seluruh anggota badan beliau.
Sebenarnya kejadian tersebut telah berlaku pada 23 Mac 2013. Ikuti berita penuh dibawah:
SUBANG JAYA - Seorang pemilik kedai runcit maut diserang sekumpulan lelaki bersenjata parang dalam satu kejadian di Batu 14, Puchong, malam tadi.
Mangsa dikenali sebagai R Thangavellu, 25, maut di tempat kejadian selepas cedera parah ditetak.
Dalam kejadian sama juga seorang penjual burger dan dua lelaki dipercayai pelanggan yang berada berhampiran kedai runcit turut cedera parah ditetak oleh kumpulan yang sama.
Ketua Polis Subang Jaya Asisten Komisioner Yahya Ramli berkata, penyerang terdiri daripada lapan lelaki bertopeng ski menaiki dua buah kereta jenis Proton Waja.
Menurutnya setakat ini siasatan kejadian menjurus ke arah perselisihan faham dan dendam.
“Terdapat tetakan pada bahagian sebelah kanan kepala yang menjadi punca kematian mangsa,” katanya.
Difahamkan mangsa tinggal bersama keluarganya di Batu 18 Puchong dan menjalankan perniagaan sejak setahun yang lalu.
Menurut Yahya tiga yang cedera kini berada dalam keadaan stabil dan kini dirawat di Hospital Serdang.
“Ke semua suspek menggunakan parang untuk menyerang dan mereka sedang dikenal pasti polis,” katanya.
Kes disiasat di bawah Seksyen 302 kanun keseksaan kerana membunuh.
Sementara itu bapa mangsa T Paniselvam, 55, berkata, anaknya itu pernah memberitahu ada pergaduhan berlaku di kedainya minggu lalu dan laporan polis juga telah dibuat.
Jelas Paniselvam, dia percaya kejadian pembunuhan anaknya itu didalangi oleh suspek yang sama yang terlibat dalam pergaduhan sebelum ini. (12/4/2013 - Bernama)
No comments:
Post a Comment