Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Pages

Friday 27 December 2013

(VIDEO) SELANGOR-PELACUR GANTI UNTUK CUTI UMUM




Sempena cuti umum sambutan hari Krismas, ada pusat hiburan yang mengambil kesempatan bagi menarik perhatian pengunjung.

Caranya, menawarkan khidmat seks menggunakan pelayan pelanggan atau gro warga asing.

Dua pusat hiburan yang terletak di Jalan Pekan Baru, Klang, Selangor, antara yang diserbu pihak berkuasa malam tadi. Dan hasilnya 16 orang gro warga Vietnam ditahan.
Klik Video
Operasi dilakukan oleh polis cawangan maksiat D7 IPK Selangor. Hasil siasatan, dua daripada wanita terbabit, berusia 16 dan 17 tahun adalah mangsa pemerdagangan manusia. 

Polis percaya gadis terbabit dihantar oleh sindiket pelacuran ke pusat-pusat hiburan berikutan permintaan tinggi daripada pelanggan.

Tiga orang penjaga dan pekerja premis juga ditahan. Kesemua mereka dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Utara untuk tindakan.

No comments:

Post a Comment

 

Sample text

Sample Text

Sample Text


 
Blogger Templates