Gerakan 3112 dan NGO TURUN yang mendapat sokongan dari beberapa NGO, kumpulan anak muda aktivis dan mahasiswa menafikan bahawa himpunan pada malam ini sebagai ‘himpunan guling kerajaan’ sepertimana tohmahan sesetengah pihak.
Dalam kenyataan bersamanya Gerakan 3112 dan TURUN meminta orang ramai berkumpul di tiga lokasi iaitu di Sogo, Masjid Jamek dan Pasar Seni pada jam 9 malam ini sebelum berarak ke Dataran Merdeka, kira-kira sejam kemudian.
Kenyataan yang dimuatkan di laman http://anakmudamalaysia.com/ juga meminta semua peserta mengenakan pakaian serba hitam dan membawa bendera kebangsaan
ADMIN mengajak sesiapa turut hadir bagi melihat sendiri gelagat mereka yang gemarkan publisiti dan juga mempunyai tabiat yang unik iaitu mendengar Ceramah dan Pulang tanpa sebarang tindakan apa yang dilaungkan pada malam ini.
Publisiti bakal menjadi rebutan untuk kelihatan lagak seperti Hero.Dan yang kuat akan terpilih kita tunggu dan lihat siapa yang bakal popular selepas ini.Provokasi haruslah cekap untuk menonjol pada malam ini.
No comments:
Post a Comment