Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Pages

Monday 20 January 2014

AirAsia-Now Everyone Can eat 'Nasi Bungkus dan terbang @AirAsia




Air Asia terkenal dengan slogannya "Now Everyone Can Fly". Ya, murah memang murah, adakalanya caj² tersembunyi pun kita tak perasan ye tak? Bukan setakat caj tersembunyi, bermacam-macam caj lagi. Nasib baik nak guna tandas tak dikenakan caj.

Baru-baru ini, tersebarnya sekeping gambar yang menampakan pramugari Air Asia dengan selambanya membawa 'outside food' dari luar. Jika menurut polisi Air Asia, tiada makanan luar yang dibenarkan dibawa masuk ke dalam kapal terbang milik syarikat itu.

Timbul persoalan, adakah polisi itu hanya dikenakan terhadap penumpang pesawat? Baca coretan dari penumpang Air Asia yang menjadi saksi kepada kejadian ini di bawah:


"Ini kisah benar terjadi masa saya naik flight AA dari Penang ke Kota Kinabalu on 16 Jan 2013.

Selepas food serving done... tetiba saya terbau mcm kangkung goreng belacan.. n bila saya tengok kat depan .. tu dia .. elok ja amoi flight attendant ni dok makan nasik bungkuih..

Saya sarankan sesapa yg nak makan nasik bungkuih mcm ni ... sila copy this picture and keep it ... if AA staff buleh, why not us?"

Mungkin ada yang berpendapat, "kakitangan sendiri dikecualikan dari polisi 'no outside food'". Mungkin juga pramugari Air Asia ini tidak berkesempatan untuk keluar dari pesawat dek mengejar masa untuk kerja-kerja dalaman yang mungkin pelanggan tidak tahu.

Jika ada dikalangan pembaca laman ini bekerja dalam bidang penerbangan, diharapkan anda sudi menerangkan cara kerja pramugari Air Asia semasa berlepas dan selepas mendarat, berapa lama masa rehat yang diperuntukan untuk mereka.

Umum tahu, harga makanan yang dijual oleh Air Asia adalah 3 kali ganda lebih mahal dari biasa. Mungkin itu yang menimbulkan rasa tidak puas hati si pengadu bilamana kakitangan Air Asia sendiri tidak patuh kepada polisi sendiri tetapi nak ajar penumpangnya patuh pada polisi mereka?

No comments:

Post a Comment

 

Sample text

Sample Text

Sample Text


 
Blogger Templates