Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Pages

Friday 10 January 2014

BR1M Tidak Adil untuk bangsa CINA



Lim Guan Eng berkata kepada media hari ini bahawa perlaksaan BR1M yang telah diperkenalkan oleh kerajaan Barisan Nasional dilihat adalah untuk kepentingan kaum tertentu sahaja.

Kerajaan Barisan Nasional perlu menjalankan tanggungjawab sebagai sebuah kerajaan kepada semua rakyat tanpa mengira latar belakang kaum dan agama selagi mana mereka itu adalah warganegara.

Beliau berkata lagi, syarat pendapatan tidak melebihi RM2,000.00 bagi bujang dan RM3,000.00 bagi isi rumah sebenarnya adalah agenda Barisan Nasional untuk membantu kelompok Melayu dan India. Kaum Cina dilihat ramai yang terpinggir sebagai penerima BR1M.

Lim Guan Eng berpendapat, bahawa BR1M tidak wajar diteruskan dan ianya akan dimansuhkan jika Pakatan Rakyat dapat mentadbir negara Malaysia selepas pilihanrya umum yang akan datang.

Peruntukan yang digunakan untuk BR1M adalah lebih baik disalurkan kepada subsidi petrol yang menjadi keperluan asas bagi seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira latar belakang kaum dan agama.

Beliau bercakap selepas merasmikan pelancaran Dewan Perniagaan Belia Cina di Pulau Pinang semalam.


Apa pendapat anda ttg kenyataan ini? Pada PRU13 lepas yang membantu Barisan Nasional adalah 2 bangsa yang disebut oleh Lim Guan Eng.Apakah jadi kesalahan besar sekiranya 2 bangsa ini diberi ganjaran yang setimpal?

Di Malaysia yang miskin pun 2 bangsa itu iaitu Melayu dan India,Adakah menjadi kesalahan kerajaan ingin membantu bangsa yang miskin ini? Bagaimana pun apa jua sudut pandangan anda terserah kepada anda untuk menilai kenyataan Lim Guan Eng tersebut.

No comments:

Post a Comment

 

Sample text

Sample Text

Sample Text


 
Blogger Templates