Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Pages

Wednesday 1 January 2014

ISTERI NEKAD LAPOR POLIS KERANA SUAMI SIMPAN VIDEO MANDI KELUARGA



Seorang isteri nekad melaporkan kepada polis mengenai suaminya yang suka merakam dan menyimpan video aksi seks mereka serta aksi adik, kakak dan ibu wanita berkenaan yang dirakam curi ketika mereka mandi.

Wanita berusia 24 tahun itu turut kecewa apabila menemui lebih 20 rakaman video aksi seks milik suaminya berusia 31 tahun dengan beberapa wanita tidak dikenali.
Menurut sumber, itu kali kedua suri rumah melaporkan perbuatan jelik suaminya kepada pihak berkuasa selepas kali pertama pada 22 Jun lalu.

Menurutnya, wanita itu terjumpa rakaman video aksi mereka melakukan seks ketika mengemaskan ruang kerja dan memeriksa komputer suaminya, lebih memalukan apabila wanita itu turut menemui rakaman adik perempuannya, kakak serta ibunya mandi.

Wanita itu tidak pasti bila suaminya merakamkan video terbabit, tetapi yakin ia dilakukan sendiri berdasarkan kelibat suspek ketika dia mengambil kamera digunakan selepas rakaman.
Turut ditemui satu pemacu mudah alih mengandungi rakaman aksi seks suaminya dengan dengan lebih 20 wanita," katanya.

Sumber itu berkata, tidak tahan dengan perangai suaminya yang memalukannya serta ahli keluarga perempuan lain, mangsa membuat laporan di Balai Polis Tabuan Jaya, petang kelmarin.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Roslan Bek Ahmad ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan itu dan siasatan lanjut sedang dijalankan


No comments:

Post a Comment

 

Sample text

Sample Text

Sample Text


 
Blogger Templates