Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Pages

Thursday, 2 January 2014

KISAH PILU KANAK KANAK MANGSA AKIBAT RODA BERPUSING @DrNovandri @Dzainalabidin @JaharaHamid @cmlimguaneng




Kanak-kanak lelaki yang terjatuh dari permainan roda berpusing di Pesta Sungai Nibong di sini Ahad lepas terpaksa bergantung kepada ubat sepanjang hayatnya. Ibu kanak-kanak itu, Saadiah Shamsudin, 40, berkata, ekoran insiden itu anaknya turut terpaksa menjalani pembedahan di bahagian perut, membuang limpa dan sebelah buah pinggang.

“Keadaan anak saya kini stabil selepas menjalani pembedahan tapi menurut doktor dia perlu bergantung kepada ubat sampai bila-bila,” 

katanya kepada pemberita ketika menerima sumbangan dari Pemuda UMNO negeri di Hospital Pulau Pinang semalam. Beliau berkata, hatinya berasa sayu apabila mengenangkan Mohamad Khairul Naimme, 7, yang sepatutnya mendaftar di Sekolah Kebangsaan Kebun Sireh, Bukit Mertajam hari ini tetapi tidak dapat menyertai rakan sebayanya.




Didoakan agar Adik Mohamad Khairul Naimme akan segera sembuh walaupun tidak seperti biasa lagi. Biar apapun yang terjadi itulah takdir dari Allah Tuhan Yang Maha Kuasa, semoga kedua ibu bapanya diberi kekuatan untuk menghadapi ujian dalam kehidupan. Mari kita semua doakan kesejahteraan dan kesihatan untuk Adik Mohamad Khairul Naimme.

Katanya, segala kelengkapan sekolah telah dibeli dan anak keempat dari lima beradik itu teruja dan mencuba kasut dan baju sekolahnya beberapa kali sebelum kejadian.

“Dia anak yang aktif, periang dan lasak tapi sekarang ini dia hanya terbaring dan hanya mampu minum menerusi saluran wayar,” 

katanya dengan nada sebak. Ikuti kisah lanjut Kanak-kanak terjatuh roda berpusing terpaksa bergantung kepada ubat sepanjang hayat.

Pada kejadian Ahad lepas, bapa kepada Mohamad Khairul Naimme menemuinya dalam keadaan tidak sedar diri selepas muntah darah dipercayai akibat terjatuh dari mainan roda berpusing itu pada pukul 12.50 malam. Bapanya yang juga seorang peniaga di tapak pesta itu kemudiannya membuat laporan di Balai Polis Sungai Nibong pada pukul 4.15 pagi. Itulah Kisah Pilu Adik Mohamad Khairul Naimme Angkara Roda Berpusing.

No comments:

Post a Comment

 

Sample text

Sample Text

Sample Text


 
Blogger Templates