Seorang kanak-kanak lelaki berusia 5 tahun mengalami kecederaan serius hingga terpaksa menjalani pembedahan selepas terjatuh di eskalator yang sedang bergerak di sebuah pusat beli belah di Jakarta, Indonesia.
Lim Yuan Hong dikatakan sedang melompat-lompat di tangga eskalator sebelum terjatuh membuatkan badannya tersepit di celah tangga bergerak tersebut, ketika insiden yang berlaku sekitar jam 9 malam di Pluit Village Mall, Penjaringan pada 27 Disember lalu.
Ketika kejadian kanak-kanak tersebut bersama ibu dan pengasuhnya
Ketua Polis Penjaringan, Sujudi Ario Seto yang mengesahkan kejadian ini menyatakan siasatan masih berjalan namun punca utama dipercayai kerosakan eskalator.
Insiden tersepit antara tangga eskalator bagaimanapun bukan kali pertama menimpa. Empat kes serupa turut dilaporkan di China setakat Mei tahun lepas sahaja, malah ada yang meragut nyawa.
No comments:
Post a Comment