Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Pages

Thursday 9 January 2014

TAHNIAH DR MAZA DITAWAR MENJADI MUFTI SULTAN MELAKA @realDrMAZA @kritisonline




Berikutan isu "Sultan Melaka", Raja Noor Jan Shah Raja Tuah yang  mahu diiktiraf sebagai Sultan yang sah. Ramai yang memberikan respon negatif termasuk daripada Kerajaan Negeri Melaka melalui Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron yang secara jelas menolak tuntutan itu.


Raja Noor Jan dalam facebook rasminya mendakwa mendapat pengiktirafan ICJ, bukti bergambar serta sidang media oleh beliau juga telah dilakukan. Namun kesahihan bukti itu tidak dapat dipastikan.

Terbaru, Melalui akaun twitter, Dr Asri bekas mufti Perlis memuat naik satu tweet yang bertanya kepada Raja Noor Jan kenapa beliau terlalu mahu menjadi Sultan.

Raja Noor Jan memberi jawapan bahawa Melaka perlukan beliau untuk menjadi Sultan. Malah, Raja Noor Jan sempat mempelawa Dr Asri menjadi Mufti baru Negeri Melaka sekiranya beliau naik takhta. Malangnya, Tweet Raja Noor Jan itu tidak berbalas. Adakah Dr Asri berminat dengan tawaran itu?

No comments:

Post a Comment

 

Sample text

Sample Text

Sample Text


 
Blogger Templates