Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Pages

Thursday 16 January 2014

UPDATE-JENAZAH PELAJAR UNIMAS SAMPAI DI KAMPUNG HALAMAN




Jenazah pelajar Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) yang ditemui mati dalam parit berhampiran universiti itu tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) pada jam 10.20 malam, sebentar tadi.

Jenazah Siti Najwa Atiqah Azhar, 19, akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kuala Mengkung, Bukit Mertajam, malam ini.

Siti Najwa Atiqah sebelum ini dilaporkan hilang sebelum ditemui terapung di dalam parit berhampiran universiti berkenaan oleh penduduk yang terbabit dalam operasi mencari mangsa.

Gambar terakhir Arwah di Facebook

Anak ketiga daripada empat beradik itu dilaporkan hilang dipercayai sejak 11 hari lalu adalah pelajar semester pertama Fakulti Sains Sosial.

No comments:

Post a Comment

 

Sample text

Sample Text

Sample Text


 
Blogger Templates