Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Pages

Friday 24 January 2014

(VIDEO) FENOMENA SALJI DI INDONESIA 1 PEMBOHONGAN




TERNYATA video yang sedang hangat tersebar di laman sosial yang menunjukkan salji turun di bahagian Utara di Kepulauan Indonesia buat kali pertama adalah palsu!

Entah bagaimana video yang sebenarnya dimuatnaik pada bulan Ogos tahun lalu itu tersebar semula sekaligus menjadikan ramai yang percaya bahawa fenomena itu terjadi baru-baru ini.

Memetik artikel dari laman Western Pacific Weather, rakaman itu hampir menyerupai video laporan palsu mengenai salji yang turun di Mindanao, Filipina beberapa bulan lalu.


Bukan itu sahaja, malah suara ‘pembaca berita’ yang kononnya dari Chelms Ford News juga hampir sama dan ia menguatkan lagi bukti kepalsuan video tersebut.

Lebih jelas lagi, pokok pain yang sememangnya bukan jenis tumbuhan tropika tempatan turut dirakamkan.

Biarpun palsu, kedua-dua video ini sudah ditonton lebih satu juta kali oleh pengguna internet.

Pada masa yang sama, penyebaran video ini secara tidak langsung telah menyebabkan ramai rakyat di negara ini mengaitkannya dengan suhu sejuk yang sedang melanda negara sejak seminggu lalu terutama pada waktu malam.

Dengan suhu serendah 17 darjah Celcius di Kuala Krai, Kelantan semalam, ada yang mengandaikan salji mungkin akan turun di negara ini.

Bagaimanapun, laporan sebuah akhbar tempatan menafikan perkara tersebut kerana kedudukan Malaysia yang berada di garisan khatulistiwa.

Secara logiknya, kita tidak akan mengalami fenomena salji kerana menerima cahaya matahari yang banyak sepanjang tahun.

Apa pun, diharap selepas ini orang ramai lebih berhati-hati dan menyiasat kesahihan sesebuah berita sebelum menyebarkannya

No comments:

Post a Comment

 

Sample text

Sample Text

Sample Text


 
Blogger Templates