Gambar hiasan |
Bukit Mertajam, 16 Feb 2014 - Awal pagi ini sebelum subuh seawal jam 5.30 pagi, seorang jemaah yang tiba di Masjid Cherok Tok Kun Atas di sini untuk menunaikan solat subuh terkejut besar apabila hendak memasuki masjid itu mendapati seketul daging diletakkan di hadapan pintu masjid berkenaan. Apabila ditelitinya, jemaah berkenaan mendapati bahawa ianya adalah seketul daging babi yang sengaja diletakkan oleh pihak tidak bertanggungjawab. Berikutan itu, jemaah berusia 78 tahun itu telah membuat satu laporan polis agar perkara itu disiasat.
Walaupun tidak diketahui pihak sebenarnya yang bertanggungjawab melakukan perbuatan tersebut, namun ianya bertujuan untuk menghina agama dan umat Islam selain berupa satu lagi provokasi terhadap umat Islam di Pulau Pinang khususnya bahawa "apa yang orang Islam boleh buat terhadap "kami"?". Ini bukanlah kali pertama kejadian meletakkan daging babi di masjid dikesan di negara ini. Sebelum ini beberapa kejadian yang serupa pernah dikesan berlaku di beberapa masjid di beberapa buah negeri.
Cuma yang dikesalkan sikap kurang prihatin masyarakat Islam sendiri dengan tahap kesedaran yang rendah malahan ada yang lebih menjaga kepentingan politik daripada mempertahankan kesucian agama Islam telah menyebabkan kejadian-kejadian seumpama ini dipandang remeh. Persoalannya apakah akan jadi kepada agama Islam di negara ini apabila para penganutnya semakin leka dan alpa ?
No comments:
Post a Comment