Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Pages

Saturday, 15 February 2014

ALAT BANTU MENGAJAR LUCAH DI DEDAH KAN UNTUK KANAK-KANAK @KDNPUTRAJAYA




Apa nak jadi dengan negara ini. Setiap hari, kita akan dihidangkan satu demi satu berita pelik yang tersebar di media sosial.

Namun apa yang paling menghairankan apabila anak kecil yang baru hendak mengenal huruf juga turut sama terkena tempias dengan perangai pelik orang dewasa di negara ini.


Mana tidaknya, satu buku Belajar ABC didapati menggunakan contoh yang tidak masuk akal  dijual secara terbuka di kedai-kedai buku ketika ini. Buku ini menggunakan contoh yang bodoh seperti huruf S bersamaan dengan Salib dan huruf Z bersamaan dengan Z'akar!

Sudah tidak ada contoh lain untuk digunakan dalam huruf-huruf tersebut? Menurut sumber sebaran, buku yang berharga RM5.99 ini boleh didapati di pusat-pusat membeli belah. Dan gambar diatas di ambil di salah satu pusat membeli belah berdekatan Stadium Shah Alam, Selangor.

Bagaimana buku seperti ini boleh mendapat kelulusan penerbitan? Di harap pihak berwajib menyiasat perkara ini. Sekiranya betul ada kelulusan, penerbitan buku-buku seperti ini perlu ditarik semula kerana ditakuti kelak merosakkan fikiran budak-budak di usia muda mereka lagi.

No comments:

Post a Comment

 

Sample text

Sample Text

Sample Text


 
Blogger Templates