Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Pages

Thursday, 20 February 2014

BERITA-BAYI 11 BULAN MAUT KETIKA TERIMA RAWATAN DI HOSPITAL




Kajang: Seorang bayi yang dilaporkan koma selepas dipercayai terjatuh ketika dirawat di salah sebuah hospital di sini, 12 Februari lalu, meninggal dunia malam kelmarin.

Mangsa, Adam Faris, 11 bulan, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Kantan jam 11 pagi semalam.

Menurut bapa mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Fakhrul, 30, berkata, mereka sekeluarga masih bersedih dengan pemergian anak tunggalnya itu.

Katanya, mereka sekeluarga berbincang dengan peguam untuk mendapatkan nasihat sebelum mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak hospital atas kecuaian itu.

“Setakat ini, kami akan menunggu laporan polis sebelum tindakan susulan dapat diambil,” katanya.

Menurutnya, dia tidak boleh mengeluarkan apa-apa kenyataan setakat ini kerana bimbang mengganggu siasatan kes.

Dalam kejadian itu, anaknya dikatakan kekejangan selepas terjatuh ketika dalam jagaan pengasuhnya di Shah Alam sebelum dibawa ke hospital berkenaan.

Doktor yang merawat mengesahkan terdapat darah beku dalam kepala bayi itu.

Ketika mendapatkan rawatan, kedua ibu bapa mangsa masih terdengar tangisan anaknya itu sebelum diam selang beberapa minit selepas itu.

Mereka yang risau dengan keadaan itu, masuk ke dalam bilik rawatan dan melihat anak mereka sudah tidak sedarkan diri.

Doktor memberitahu mereka bahawa anak mereka itu terjatuh dari katil ketika sedang mendapatkan rawatan

No comments:

Post a Comment

 

Sample text

Sample Text

Sample Text


 
Blogger Templates