Mulai tahun depan, kerajaan akan memperkenalkan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) khas yang menyaksikan bayaran tambahan RM300 kepada jumlah sedia ada bagi meringankan beban golongan berpendapatan rendah berikutan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) pada April 2015.
Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan berkata, ini bermakna jika penerima sekarang menerima RM650, RM450 dan RM250, pada 2015 wang bantuan itu akan meningkat kepada RM950, RM750 dan RM550.
Pemberian wang tambahan itu telah dimuktamadkan semasa Bajet 2014 oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak."Wang sebanyak RM300 ini adalah bantuan khas berikutan pelaksanaan GST,"
Dalam pada itu, beliau memberitahu, rang undang-undang berhubung akta GST akan dibentangkan di Parlimen pada Mac ini oleh Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Husni Hanadzlah.
"Rang undang-undang itu dijangka didebat dan diharap selesai pada Mac ini supaya Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) juga dapat dimansuhkan menjelang pelaksanaan GST.
"Pemansuhan SST itu melibat cukai jualan 5.0 peratus dan 10 peratus dan cukai perkhidmatan 6.0 peratus," katanya.
Setakat ini undang-undang berkenaan masih dalam penelitian peringkat akhir oleh Peguam Negara.
No comments:
Post a Comment