Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Pages

Sunday, 9 February 2014

BUKIT MAKIN GONDOL PANTAI MAKIN KOTOR,MANA PERGI GUAN ENG? @cmlimguaneng




Di awal pentadbiran kerajaan DAP Pulau Pinang, Lim Guan Eng mendabik dada untuk menjadikan negeri Pulau Pinang sebagai negeri the most environmentally sound and liveable city in Malaysia melalui pendidikan, penguatkuasaan dan penghargaan.


Lim Guan Eng menggunakan slogan 'cleaner and greener Penang'.

Dan setelah 2 penggal mentadbir negeri, Pulau Pinang bukan 'lebih bersih dan lebih hijau' tetapi 'bertambah kotor dan semakin gondol' !


Bukit Gambier yang mendapat jolokan 'Bukit Gondol' adalah satu permandangan yang sangat menyakitkan mata rakyat Pulau Pinang dan sudah pasti menjadi bahan jenaka kepada pelancong-pelancong dalam negeri dan luar negeri.

Malah, 'Bukit Gondol' adalah permandangan 'pengenalan' yang boleh dilihat di jambatan Pulau Pinang dan ianya sangat memalukan. Dan isu pengondolan bukit secara haram ini telah berlarutan sejak tahun dulu tanpa melihatkan sebarang usaha untuk menghijaukan kembali bukit tersebut.

Presiden CAP dan SAM, SM Mohamed Idris telah menempelak kerajaan Lim Guan Eng :

Kita lihat kepimpinan kerajaan sekarang lebih mementingkan kepada bangunan tinggi, projek mewah, projek mega. Mereka tidak menilai pembangunan dari sudut kualiti alam sekitar dan kesejahteraan rakyat. Itu yang mereka tidak lihat sehingga menyebabkan mereka lupa dengan slogan rekaan sendiri iaitu 'Bersih, Hijau Pulau Pinang'...


.....Dalam hal ini, pihak berkuasa tempatan sendiri yang melanggar dasar pembangunan di Pulau Pinang. Sepatutnya sebarang projek pembangunan mengambil pandangan masyarakat tempatan terlebih dahulu. Tapi suara rakyat seolah-olah diketepikan. Sehubungan itu, kami sebagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mewakili suara rakyat untuk memberitahu kepada kerajaan negeri apa masalah yang sedang berlaku.
Malah, rakyat turut mempersoalkan denda RM30,000 yang dikenakan ke atas satu syarikat pemaju perumahan kerana kesalahan menjalankan kerja tanah di puncak Bukit Relau tanpa kebenaran MPPP dianggap terlalu ringan berbanding kemusnahan alam sekitar yang telah dilakukannya.

Ada yang mencadangkan supaya pengarah urusan syarikat tersebut dihukum penjara sebagai pengajaran kepada pemaju lain supaya tidak melanggar undang-undang.

Fiasco terbaru yang amat memalukan Lim Guan Eng dan kerajaan DAP Pulau Pinang ialah pencemaran air laut di Batu Ferringhi

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya mencadangkan supaya Kerajaan Pulau Pinang menutup pantai Batu Ferringhi yang dicemari air laut berwarna kehitaman.


"Ini perlu dilakukan kerana pelepasan air ke laut itu disyaki mengandung bakteria E.Coli.
"Ia bukan masa untuk hanya menyalahkan sesiapa kerana ini akan menjejaskan imej Pulau Pinang sebagai destinasi pelancongan," katanya.

Seperti yang MiM jangka, Lim Guan Eng DAP begitu cepat menunding jari pada kerajaan BN Persekutuan dengan menyalahkan syarikat pembentungan Indah Water Konsortium Sdn Bhd (IWK).

A typical DAP leader yang cuci tangan tidak mahu disalahkan padahal beliau memegang kerajaan negeri yang turut mempunyai set-set SOP sendiri di dalam hal ehwal alam sekitar di negeri ini.

Bersalah atau tidak, isu air hitam dan IWK ini telah membuka mata rakyat Pulau Pinang kepada isu non-politikus yang dilihat gagal ditangani dengan baik oleh kerajaan DAP Pulau Pinang!

Bukankah 'cleaner and greener Penang' melalui penguatkuasaan seperti yang dikatakan oleh Guan Eng DAP sendiri?

Bernama melaporkan bahawa ujian sampel air di Sungai Batu Ferringhi oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) pada Isnin lepas mendapati ia mempunyai elemen bakteria E-Coli berikutan laporan mengenai sebahagian air laut di pantai di situ bertukar hitam.

NST melaporkan :
This follows confirmation that the contentious black substance polluting Sungai Batu Ferringhi and a beachfront at the popular Batu Ferringhi tourist belt was untreated human waste.
Untuk pengetahuan semua, E-Coli atau pun Escherichia coli adalah sejenis bakteria gram negatif berbentuk rod di dalam mikroskop. Ianya banyak ditemui di usus manusia dan juga binatang berdarah panas (endotermic).

Najis adalah sumber kontaminasi ke alam sekitar. E.Coli adalah salah satu daripada banyak lagi kontaminasi yang berlaku di sungai-sungai dan laut di Pulau Pinang tetapi jarang dihighlightkan oleh media politik sebelum ini.

Dan apakah sebenarnya tugas Lim Guan Eng DAP untuk memastikan kesihatan, alam sekitar, kebersihan dan kehijauan di negeri ini selain daripada bersikap obsesif menyerang menyalahkan parti UMNO?

Bagaimana pula dengan sungai-sungai lain di seluruh Pulau Pinang?
MiM difahamkan bahawa Pengarah Kementerian Kesihatan Pulau Pinang telah menasihatkan orang ramai supaya tidak melakukan sebarang akitiviti di kawasan yang tercemar.

Sama ada pantai ditutup, ianya bergantung kepada penguatkuasa tempatan tetapi Kementerian Kesihatan akan masuk campur jika keputusan sampel air adalah sah bakteria E-Coli.

Jika positif, kerajaan DAP Pulau Pinang bakal berdepan dengan kebangkitan rakyat tempatan yang marah dengan perkembangan ini. Bukan sahaja bukit digondolkan tetapi laut tepi pantai Pulau Pinang juga bakal dijadikan zon bahaya!

Sumber

No comments:

Post a Comment

 

Sample text

Sample Text

Sample Text


 
Blogger Templates