Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Pages

Monday, 10 February 2014

CERAMAH TOLAK GST BERTUKAR KE TOLAK RAFIZI



Turun Harga Barang yang dihadiri Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli di Bukit Gedong malam semalam bertukar kecoh apabila sekumpulan badan bukan kerajaan (NGO) bertindak 'menyerang' sebaik programnya berakhir.
       
Dalam kejadian kira-kira jam 11.50 malam itu, kumpulan NGO terbabit dikatakan mahu berjumpa dengan Rafizi bagi meminta bantuannya menyelesaikan masalah seorang pemilik rumah di Kebun Bungah yang bakal diroboh oleh kerajaan negeri tidak lama lagi.
       
Kumpulan NGO terbabit yang terdiri Pertubuhan Kebajikan Al-Ehsan Islamiah Malaysia (Al-Ehsan) dan Persatuan Kebajikan Insan Mulia (PKIM) dilihat cuba menghampiri Rafizi ketika Ahli Parlimen Pandan itu sedang ditemuramah wartawan.
       
Seorang daripada mereka menyerahkan sekeping surat kepada Rafizi dan memintanya membantu bagi menghalang kerja perobohan yang dikatakan akan dilakukan pada 28 Februari ini.
       
Difahamkan, tindakan NGO terbabit meminta pertolongan Rafizi berikutan kerajaan negeri tidak memberi sebarang pampasan atau rumah ganti kepada pemilik terbabit.

video
       
Suasana bertukar kecoh apabila Rafizi terus berlalu pergi selepas menerima surat berkenaan dan kumpulan NGO dilihat cuba menghalangnya sambil menjerit meminta pemimpin PKR itu memberi perhatian masalah yang dihadapi rakyat Pulau Pinang selepas mendakwa kerajaan negeri gagal membelanya.
       
"Di mana hak orang Melayu di Pulau Pinang. Kami minta perkara ini diberi perhatian" itu antara perkataan yang dilaungkan kumpulan NGO terbabit.
       
Rafizi yang terkejut sebaik dihampiri kumpulan terbabit terus berkata "Tunggu, bagi saya semak dulu dan tak perlu bising-bising, hari sudah malam".
       
Bagaimanapun, suasana tegang yang berlaku hampir setengah jam itu akhirnya berjaya dileraikan polis

No comments:

Post a Comment

 

Sample text

Sample Text

Sample Text


 
Blogger Templates