Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Pages

Thursday 27 February 2014

EXCO PERGERAKAN PEMUDA UMNO MAUT KEMALANGAN @khairykj




Anak bekas Pemangku Sultan Terengganu, Datuk Syed Omar Abdul Kadir al-Idrus maut selepas kereta dinaiki bersama seorang rakannya hilang kawalan lalu merempuh kawasan berbukit berhampiran susur keluar Kuantan, di Kilometer 240, Lebuhraya Pantai Timur (LPT), menghala ke Jabor,Terengganu.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.20 tengah hari tadi, mangsa, Syed Mohd Hafizuddin Syed Omar, 41, meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di kepala dan anggota badan manakala rakannya, Kamal Rohaidi Abd Halim, 41, cedera ringan.



Mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA)Kuantan untuk rawatan susulan.

Siasatan awal mendapati kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Audi yang dipandu mangsa terbabas lalu merempuh bukit menyebabkannya tercampak beberapa dari tempat kejadian

Arwah juga merupakan EXCO Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Kuala Nerus da  Pengerusi Majls Belia Daerah Kuala Terengganu.Kemalangan Berlaku di Highway Jerangau Jabor.

AL-FATIHAH

No comments:

Post a Comment

 

Sample text

Sample Text

Sample Text


 
Blogger Templates