Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Pages

Sunday 2 February 2014

KOLEKSI COMEL NORA DANISH KETIKA MENGANDUNG



Nampaknya, kecomelan pelakon Nora Danish masih terserlah meskipun sedang mengandungkan anak lelakinya, Putra Raqyal, lima tahun lalu.

Pernah melalui pengalaman paling pahit dalam hidupnya ketika ditinggalkan suami secara mengejut waktu baru beberapa bulan hamil, kini Nora Danish merupakan antara ibu tunggal yang paling tabah dan penyabar orangnya.




Sehingga ke hari ini, beliau tidak tergesa-gesa mencari pengganti malah hubungan cintanya dengan Nadeem Nazri yang sering diperkatakan peminat belum ada cerita yang mengaitkan mereka akan berkahwin dalam masa terdekat.

Hanya beberapa minggu lalu, juri Maharaja Lawak Mega 2013 itu pernah dimarah dan dikritik Hatijah Teh Man, ibu Fasha Sandha, kerana didakwa berdoa dijauhkan dari ilmu sihir seolah-olah mahu menuduh keluarga mereka.



Dalam respon Nora Danish berhubung kritikan ibu Fasha Sandha, dia mengambil langkah berdiam diri dan tidak membalas. Jelas, sifat kematangan yang sudah tertanam dalam diri Nora sejak bergelar artis begitu nyata.

Ibu Fasha Sandha mengamuk dengan Nora Danish di Facebook
Nora Danish tidak kisah dihina ibu Fasha Sandha

Pada admin, Nora Danish merupakan antara selebriti yang layak dijadikan idola kepada mana-mana artis baru yang bakal berdepan kontroversi dan masalah dalam dunia hiburan tempatan

Sumber

No comments:

Post a Comment

 

Sample text

Sample Text

Sample Text


 
Blogger Templates