Wednesday, 12 February 2014
PULAU PINANG-PEGAWAI BANK DILANGGAR DAN DIBOM @dzainalabidin
Jika semalam seorang kerani sekolah maut terkena letupan bom di halaman rumah mertuanya, hari ini pula giliran seorang pegawai bank berdepan ancaman sama selepas kereta yang dinaikinya dilanggar dan dibom sebutir bom dipercayai buatan sendiri.
Kejadian itu difahamkan berlaku kira-kira pada jam 2.20 petang semalam ketika pegawai bank, Ong Kok Kwang, 23, bersama rakannya sedang dalam perjalanan pulang dari tempat kerja.
Mereka yang menaiki kereta Honda Civic diekori oleh kenderaan pelbagai guna (MPV) Nissan Grand Livina dari arah Lebuh Farquhar sebelum dilanggar beberapa kali dari arah belakang di Love Lane.
Menurut Kosmo, selepas melanggar kereta mangsa, seorang lelaki di tempat duduk penumpang telah membuka cermin MPV itu lalu melontar sesuatu disyaki bom buatan sendiri di bahagian bampar kereta mangsa.
Suspek kemudian terus mengekori mangsa sehingga ke Jalan Burmah namun mereka berjaya meloloskan diri sebaik melihat kenderaan polis melakukan rondaan di kawasan berkenaan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment