Sunday, 9 February 2014
TAMAN RIMBA ALOR SETAR SUDAH MENJADI TAMAN MAKSIAT @mukhrizmahathir #hanyadikedah
ALOR SETAR – Tak malu dan tidak bermaruah itulah kata-kata daripada penduduk berdekatan taman rimba di alor setar
Jika anda melalui kawasan itu pasti anda akan melihat beberapa pasangan kekasih dilihat tidak segan silu berpelukan di tempat awam.
Pengunjung dikenali sebagai Musa, 58, berkata, dia sendiri malu apabila pernah menyaksikan sendiri beberapa anak muda melakukan aksi tidak senonoh ketika berjoging setiap petang.
“Sepatutnya, kawasan taman dijadikan lokasi beriadah seisi keluarga, namun pasangan kekasih ini dilihat tidak kisah menjadikan gazebo dan pohon sebagai lokasi cinta mereka.
“Sedihnya, ada mengambil kesempatan menggunakan kesunyian kawasan, manakala pokok besar sebagai perlindungan kepada aktiviti maksiat mereka,” katanya.
Rakannya Mohd Shukor Abd Thalib, 60, berkata, pengunjung terpaksa tutup mata sekiranya enggan melihat gelagat pasangan terbabit.
Menurutnya, waktu siang dan petang sekalipun sudah ada pasangan tidak segan silu buat aksi, apatah lagi malam.
“Rasanya, Jabatan Agama Islam Kedah (Jaik) sentiasa menjalankan pemantauan dan operasi, namun pasangan kekasih yang tidak mempedulikan tindakan tegas bakal dikenakan pada mereka,” katanya
Malaysia sekarang dah hampir sama dengan amerika dan mungkin kah ini petanda kita akan menuju negara maju pada tahun 2020
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment