Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Pages

Wednesday, 19 February 2014

(VIDEO) BETUL-BETUL SAMSENG JALANRAYA




“Ini betul-betul samseng punya olang (orang),” itulah kata-kata seorang lelaki dalam video satu kemalangan melibatkan dua buah kereta di sebatang jalan.

Kejadian berlaku di negara ini tetapi penulis tidak dapat pastikan ia berlaku di negeri mana atau di Kuala Lumpur.

Video selama 1:56 minit dimuatnaik di Fanpage Taiping Zone di Facebook.

video

Pada awal rakaman, tiba-tiba datang dari arah kiri sebuah kereta Proton Saga versi lama melanggar sisi kiri kereta mangsa sehingga cermin sisinya patah.

Kedua-dua kereta selepas itu berhenti dan tiba-tiba lelaki dari kereta Proton itu tadi bertindak menyerang mangsa yang dilanggar dengan mencekak lehernya.

Kebetulan, seorang penunggang motosikal berhenti dan cuba menyuraikan pergelutan kecil yang berlaku di antara kedua-dua pemandu berkenaan.

Pemandu Proton Saga sempat memukul mangsa di kepala dan terus cuba ditenangkan penunggang motosikal itu.

Dalam video itu kedengaran suara mangsa ingin membuat laporan polis ekoran tindakan pemandu Proton Saga itu memukul dan menyerangnya.

Secara jelas, tidak diketahui sebab utama terjadinya pergelutan antara kedua-dua pemandu.

Penulis berasa ada babak lain sebelum rakaman itu berlaku sehingga mencetuskan kemarahan pemandu Proton Saga berkenaan.

Ini adalah kerana, sebaik rakaman di kamera telefon bimbit bermula ia merakamkan bahagian kiri kereta itu seperti menunggu sesuatu bakal berlaku kemungkinan daripada orang yang sama.

Apapun sebabnya, penulis rasa tindakan pemandu Proton Saga itu tidak sepatutnya dilakukan kerana ia sudah jelas merupakan satu perkara jenayah kerana menyerang dan memukul mangsa itu.

No comments:

Post a Comment

 

Sample text

Sample Text

Sample Text


 
Blogger Templates