Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Pages

Tuesday 4 February 2014

(VIDEO) JDT-FAKTA-FAKTA AMUKAN TENGKU MAHKOTA JOHOR



Seorang staf pasukan T-Team membuat laporan polis berikutan seorang pegawai dan pemain pasukan itu yang didakwa telah ditumbuk dan ditendang di terowong ke bilik persalinan Stadium Tan Sri Haji Hassan Yunos, Johor Bahru pada Sabtu.


Laporan polis itu dibuat di Kuala Terengganu pada Ahad selepas pasukan T-Team tiba dari Johor tanpa menamatkan perlawanan menentang skuad JDT dalam pusingan kedua Piala FA.

Mengikut laporan polis yang dibuat, pegawai pasukan terbabit mendakwa kejadian berlaku pada pukul 9.40 semasa pemain sedang menuju ke bilik persalinan sebaik sahaja tamat separuh masa pertama.

Menurut laporan polis itu, seorang pemain import T-Team, Elvaldo Rodriguez Goncalves Cardoso telah ditumbuk di muka.

“Manakala seorang jurulatih kecergasan iaitu Stefano Impagliazzo telah disepak di kemaluannya.

“Akibat kejadian itu, Elvaldo mengalami pendarahan di hidung dan Stefano mengalami kesakitan di kemaluannya,” dakwa pegawai yang membuat laporan polis itu.

Dalam perlawanan pusingan kedua Piala FA Sabtu lalu, JDT sedang mendahului 2-1 pada separuh masa pertama apabila pasukan T-Team membuat keputusan enggan meneruskan permainan ekoran kekecohan yang berlaku di terowong ke bilik persalinan itu.


T-Team kemudian bertindak meninggalkan stadium untuk terus pulang ke Kuala Terengganu.

Pegawai yang membuat laporan polis itu menjelaskan tujuannya hanyalah untuk menjaga keselamatan dan kepentingan pemain dan pasukan T-Team.

Sementara itu, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu dilaporkan telah merujuk kes tersebut kepada Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor dan Bahagian Undang-Undang (D5) Ibu Pejabat Polis Bukit Aman untuk siasatan dan tindakan lanjut.

Sementara Jawatankuasa Disiplin Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) pula akan bersidang Khamis ini untuk membincangkan insiden tersebut.




FAKTA:

1.Sebaik sahaja wisel penamat untuk separuh masa pertama dibunyikan, Stefano Impaguazzo , Jurulatih Kecergasan pasukan T-Team telah membuat provokasi dengan Cesar Fernando Giminez, Ketua Jurulatih pasukan Johor Darul Ta’zim.

2. Tiba-tiba pemain impot T-Team, Evaldo Rodrigues, memakai jersi nombor 16, telah meluru masuk menuju terus ke hadapan muka Cesar Fernando Giminez dengan memarahi Cesar dan ini terus berlarutan hingga ke terowong menuju ke bilik persalinan.

3. Pihak keselamatan stadium yang diketuai oleh PDRM Johor telah berjaya meleraikan masalah tersebut.

4. Tiada apa-apa insiden yang buruk berlaku kepada pemain pasukan lawan dan juga penyokong pasukan lawan.

5. Segala perjalanan dalam perlawanan di tengah padang juga amat cemerlang.

6. Perlawanan terpaksa ditangguhkan kerana pasukan T-Team telah membuat keputusan mengejut dengan menarik diri serta pulang awal sebelum perlawanan pada masa kedua dimulakan. Pihak PBNJ tidak bersetuju dengan keputusan perlawanan ditangguhkan pada malam ini kerana apa yang berlaku tidak melibatkan pemain-pemain di tengah padang mahupun penyokong-penyokong ketika perlawanan sedang berlangsung

No comments:

Post a Comment

 

Sample text

Sample Text

Sample Text


 
Blogger Templates