Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Pages

Thursday 6 March 2014

MUKHRIZ MAHATHIR BUAT KERJA KHAIRY JAMALUDIN ATAU DAH JADI PELUPA? @khairykj @mukhrizmahathir


Menteri Besar Kedah rayu kepada KPKT longgarkan syarat agar tutup mata sebelah bagi pelapis generasi muda bagi mampu ada rumah sendiri.Kenapa Mukhriz Mahathir?

"Kerajaan Negeri Kedah mencadangkan Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) mencari mekanisme terbaik bagi memberi peluang kepada individu disenarai hitam untuk memiliki rumah sendiri di bawah Program Perumahan Rakyat (PPR).

Menteri Besar Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir berkata, kebiasaannya kebanyakan individu yang memohon untuk membeli rumah PPR gagal mendapat pinjamaninstitusi kewangan kerana telah disenarai hitam akibat tanggungan hutang"

"Ada (pembeli) yang mempunyai masalah kadang-kadang disenarai hitam CTOS (Credit Tip Off Service) atau CCRIS (Central Credit Reference Information System), jadi kedudukan kredit mereka tidak baik.

"Saya bagi pihak mereka merayu kepada KPKT supaya mempermudahkan urusan pasal kes pinjaman tersangkut ini," katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran PPR Dimiliki Peringkat Negeri di Kampung Naga dekat sini, Rabu.

Beliau berkata, kerajaan negeri sangat berharap pihak kementerian dapat 'menutup sebelah mata' dan mempertimbangkan pembelian bagi mereka yang mengalami masalah tersebut.

Sementara itu, Timbalan Menteri KPKT Datuk Halimah Mohamed Sadique yang turut hadir pada majlis itu ketika diminta mengulas cadangan Mukhriz itu berkata beliau akan membawa perkara itu ke peringkat kementerian untuk dibincangkan.

"PPR ada dua konsep iaitu dimiliki dan disewa, yang 312 ini (di Kampung Naga) konsepnya dimiliki, kita jual. Pemohon akan melalui sistem pendaftaran terbuka, di pihak kerajaan pusat kita dapatkan tanah daripada kerajaan negeri atau swasta, kita bangunkan dan serah kepada kerajaan negeri.

"Kalau ada (pembeli) dah disenarai hitam...mungkin boleh buat pendekatan sewa beli, maknanya sambil dia menyewa, bayar habis, dia boleh miliki rumah itu. Konsep sewa beli dapat membantu pemohon yang memang mahukan rumah tapi tak berupaya atas faktor disenarai hitam dan sebagainya," 

Apa yang MH terfikir kenapa pula Mukhriz yang fikir bab-bab macam ini? Mana suara idea Khairy Jamaluddin selaku Ketua Pemuda Umno Malaysia yang mula mengeluarkan idea ini?

Seharusnya ini harus difikirkan oleh beliau bagi menarik orang muda untuk bersama-sama Barisan Nasional.Teruskan apa yang anda rancang jangan berhenti sekerat jalan.

Mungkin sibuk..Mungkin

No comments:

Post a Comment

 

Sample text

Sample Text

Sample Text


 
Blogger Templates