Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Pages

Thursday, 29 May 2014

USTAZAH PAS BERMASALAH-SAH USTAZAH ABBY ABADI DI CERAIKAN LAGI




Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur di sini diberitahu suami kepada pelakon Abby Abadi iaitu Muhammad Noor Farhan Che Bakar, 24, melakukan dua kali lafaz cerai terhadap pelakon itu termasuk salah satunya tidak dimaklumkan kepada mahkamah.

Sehubungan itu Hakim Syarie iaitu Shaiful Azli Jamaludin terpaksa menangguhkan permohonan pengesahan lafaz cerai yang dibuat pelakon itu kepada 11 Jun depan bagi membolehkan lafaz cerai kali pertama difailkan.


Pasangan itu bagaimanapun meminta nasihat kes itu kepada bapa saudara Muhammad Noor Farhan yang juga defendan dalam kes ini dan mereka kemudiannya melakukan rujuk secara perbuatan tanpa melaporkan kes berkenaan kepada mahkamah.

“Lafaz kali pertama itu tidak dibuat kepada saya tetapi dia memberitahu kepada seorang kenalan bahawa kami sudah bercerai dan apabila saya dimaklumkan mengenai perkara itu saya merujuk perkara berkenaan kepada bapa saudara suami di Kelantan untuk mengetahui sama ada ia sah atau pun tidak.

“Apabila diberitahu lafaz dibuat itu sah kami rujuk secara perbuatan tanpa melaporkannya kepada mahkamah,” jelas Abby kepada mahkamah.

Muhammad Noor Farhan telah menghantar mesej Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) kepadanya berbunyi “Aku ceraikan kau” dan diikuti “Mulai hari ini kau dah tiada apa-apa hubungan dengan aku” pada 9 Mei lalu.

Jelas Abby, SMS yang dihantar kira-kira pukul 10.25 pagi itu dibuat oleh Farhan selepas mereka bertengkar pada malam sebelumnya ekoran suaminya itu tidak pulang ke rumah.

“Semasa saya terima SMS berkenaan saya berada di dalam kereta namun saya tidak ingat ada atau tidak membalas mesej itu untuk mendapatkan kepastian daripadanya.

“Kejadian berpunca selepas terdapat perselisihan faham yang berlarutan sehingga dia tidak balik rumah pada malam sebelum dia melafazkan cerai menerusi mesej,” katanya kepada mahkamah.

Di Pilihanraya kecil Sungai Limau admin pernah menulis tentang Abby Abadi yang menengking suami barunya iaitunsi Farhan tetapi disangkal katanya fitnah jahat admin walaupun beliau tahu yang admin berada ditempat kejadian.


Abby abadi yang terkenal sering mengkritik kerajaan BN dilaman media sosial kini berada didalam keadaan neutral apabila perkhatan beliau tidak diperlukan oleh jentera PR terutamanya PAS yang sudah mula malu dengan sikap dan kecetekan akal dalam membantu jentera PR.

Kes Penceraian ini alasannya Farhan adalah seorang lelaki yang tidak matang berbeza dengan bekas suami nya terdahulu Norman Hakim yang dikatakan tidak bertanggungjawab dalam keluarga

Mengikut sumber jentera PR kehadiran Abby Abadi hanyalah menguntungkan Barisan Nasional dengan kehadiran Abby Abadi ini dalam membantu jentera PR.

No comments:

Post a Comment

 

Sample text

Sample Text

Sample Text


 
Blogger Templates