Seorang penganggur cedera parah selepas dibelasah oleh orang awam kerana mencuri telefon bimbit (RM200) milik seorang pemandu lori, Jumaat lalu, mati di Hospital Bukit Mertajam semalam.Perkara ini disahkan oleh Ketua Polis Seberang Perai Tengah, ACP Rusli Mohd Noor berkata :
Ooi Sim Guan, 38, tidak sedarkan diri selepas dibelasah meninggal dunia pada jam 12. 40 pagi semalam
Gambar kejadian |
Hebat masyarakat kita dalam bab cegah jenayah sebegini.Kerjasama baik dan bersatu itu 1 sikap yang harus dipuji dalam hal-hal Peranan masyarakat membantu polis mencegah jenayah.Bagi MH Slogan dan kempen "Masyarakat Benteng Cegah Jenayah" sangat-sangat berjaya di negara kita ini.
Hambar dan harus dikutuk dalam bab-bab begini pertama sekali iaitu golongan prihatin ini mudah ghairah menghukum si pesalah malah mudah menjadi seorang yang amat kejam apabila berada di keadaan begini.Kejadian seperti ini bukan pertama kali berlaku ia sudah dibudayakan oleh kita sendiri.Ke-2 masyarakat prihatin begini sebenarnya tidak tahu apakah hukuman yang bakal dihadapi oleh si pesalah apabila dihadapkan kemuka pengadilan.Misalnya kesalahan mencuri,Si pesalah akan dijatuhi hukuman penjara (8 bulan minima) atau denda dan sebat.
Berbalik kepada topik asal kejadian Ooi Sim Guan yang maut dibelasah oleh orang ramai jumaat lepas.Disebabkan kita dakwa dan menangkap beliau seorang pencuri HALAL bagi kita untuk melakukan apa saja terhadap beliau? Betul Ooi Sim Guan melakukan kesalahan mencuri tapi dia juga manusia seperti kita maka gunakan otak bukan berfikir seperti haiwan.
Ini suatu padah jika pihak bertanggungjawab tidak betul-betul menerangkan kepada masyarakat agar lebih bijak menangani jenayah contoh terdekat seperti yang berlaku di Penang sebelum ini iaitu Sukarelawan Ronda PPS yang juga samseng menangani jenayah hingga timbul rasa takut orang ramai terhadap mereka.Mujur sudah diharamkan.
Apa yang berlaku terhadap insiden menimpa Ooi Sim Guan harus dijadikan iktibar kepada kita untuk berhadapan dalam membanteras jenayah dalam membantu pihak polis.APA yang diberitakan suspek terlibat dalam kes ini sudahpun ditahan bagi membantu siasatan.
Apa yang kita nampak dalam kejadian ini TIDAK LANGSUNG selesai malah MENAMBAH PERILAKU JENAYAH.Diharap Pihak berkaitan bersikap adil dalam kes ini.Kesalahan mencuri sudahpun habis kerana Ooi Sim Guan sudah mati dan KES ini pula bertukar menjadi Kesalahan atau JENAYAH MEMBUNUH!.
No comments:
Post a Comment