Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Pages

Tuesday, 17 December 2013

GADIS INI MATI AKIBAT KERJA 30 JAM TANPA HENTI




Kerja 30 jam tanpa henti akhirnya meninggal dunia-Mita Diran, 27, dilaporkan bekerja tanpa mengenal penat selama 30 jam dan perkara itu diketahui menerusi status terakhir yang ditulis di akaun Twitter peribadinya.

Mita dalam akaun Twitter dengan nama profil @mitdow pada pukul 6.47 petang 14 Disember menulis 30 hours of working and still going strooong (30 jam bekerja dan masih bertahan).

Sehari selepas status itu ditulis, pengikut-pengikutnya di Twitter dikejutkan dengan berita pemergiannya.

Sebelum menghembuskan nafas terakhir, Mita atau nama sebenarnya Pradnya Paramita dilaporkan rebah dan dikejarkan ke Hospital Pusat Pertamina di sini untuk mendapatkan rawatan.

Bagaimanapun, bapa Mita, Yani Syahril memberitahu, anaknya berada dalam keadaan koma dan peluang untuk kembali pulih amat tipis.

Dalam status yang ditulis di laman sosial Path, Yani berkata, anaknya itu rebah selepas bekerja tanpa henti selama tiga hari berturut-turut.

Di laman Twitter juga, rakan-rakan terdekat Mita melaporkan, gadis cantik yang berambut pendek itu turut mengambil minuman bertenaga berlebihan bagi membantunya cerdas ketika bekerja.

Berita kematian Mita juga disahkan oleh pengurusan Y & Y Group yang turut menghormati pemergian kakitangannya dengan menutup operasi syarikat selama sehari.

Penutupan operasi syarikat itu dibuat bagi membolehkan seluruh kakitangan menghadiri majlis pengebumian Mita di Tanah Perkuburan Umum Jeruk Purut di sini pagi ini.

No comments:

Post a Comment

 

Sample text

Sample Text

Sample Text


 
Blogger Templates