Tuesday, 17 December 2013
PENGAWAL MALANG LARIKAN RM250,000
Pekerja sebuah syarikat keselamatan yang melarikan van keselamatan bersama wang tunai RM250,000 di SS16 di sini, semalam, dipercayai merancang rompakan berkenaan sejak hari pertama bekerja sebulan lalu, namun rancangannya itu tidak berjalan lancar kerana tertinggal MyKad dan lesen memandu dalam van.
Sebelum kejadian, suspek berasal dari Gopeng, Perak, memandu van berkenaan bersama tiga lagi rakan sekerjanya ke sebuah bank di SS16 untuk menghantar wang pada jam 2 petang.
Menurut sumber, tiga rakan sekerja suspek masuk ke dalam bank bagi menghantar wang manakala lelaki terbabit menunggu di dalam kenderaan.
“Kira-kira 10 minit kemudian, tiga rakan sekerjanya kembali ke hadapan premis berkenaan, tetapi mendapati van mereka tiada.
Mereka menunggunya selama 10 minit kerana menyangka suspek mencari tempat letak kereta.
“Dalam tempoh itu, mereka cuba menghubungi lelaki berkenaan dan menyedari ada sesuatu tidak kena apabila tiada jawapan, lalu menghubungi pejabat yang kemudian mengesan van berkenaan menggunakan sistem penetap global (GPS) dan mendapati kenderaan itu berada di kawasan perumahan di SS15,”.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment