Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Pages

Sunday, 10 November 2013

ALLAHUAKBAR!!! - PERIT DERITA BARAH OTAK @azeezputera @drnovandri @matkilaupenang


Norzilawati Abdullah menderita barah otak tahap empat yang baru sahaja dikesan sejak empat bulan lalu.



Norzilawati Abdullah, 32, dari Kampung Sera kini bukan sahaja berhadapan masalah penglihatan, malah turut memberikan kesan kepada pemikirannya.Ibu kepada dua anak itu hanya bergantung sepenuhnya kepada suami, Abdullah Hussin, 30 dan ibunya, Halimah Md Nor, 63.

Norzilawati Abdullah mula menunjukkan tanda sakit selepas hari raya puasa sebelum bertindak untuk melakukan pemeriksaan di hospital.Keadaan itu turut mengakibatkan kedua mata Norzilawati seakan terkeluar malah dia sering berhadapan dengan sakit kepala melampau.

"Sebak saya memandang keadaan Pn.Norzilawati dari Kg Sera Ulu yang menghidap penyakit barah otak sehingga menyebabkan matanya tidak dapat melihat.Dengan suara yang tersekat sekat Pn Norzilawati berbisik kepada saya,"Datuk, saya sangat sangat menderita dengan penyakit saya ini tetapi saya lagi derita sebab saya tidak dapat menatap wajah anak dan suami saya". ALLAHUAKBAR,tersentuh perasaan saya mendengar keluhan hati Pn Norzilawati.Apakah ertinya kekayaan ,kuasa dan darjat sekiranya kita tidak dapat menikmatinya bersama orang yang amat kita sayangi..Sesungguhnya ALLAH SWT itu Maha Kuasa dan Maha Mengetahui ..In Sha ALLAH  saya sebagai Ahli Parlimen Baling yang akan berusaha untuk membantu dari segi rawatan beliau".


“Saya cuma berharap pembedahan dan rawatan selanjutnya pada 23 November ini di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar ini berjalan dengan baik dan saya berdoa supaya ALLAH SWT menyembuhkan semula kesihatannya Pn Norzilawati seperti sediakala". Ujar Datuk Azeez Rahim yang datang menziarahi Pn Norzilawati semalam.


Mereka yang ingin membantu meringankan beban keluarga Norzilawati boleh menyumbang menerusi akaun Maybank Abdullah Hussin (158257015348). Abdullah (Suami) boleh dihubungi menerusi talian 019-433 3904

1 comment:

 

Sample text

Sample Text

Sample Text


 
Blogger Templates