Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Pages

Sunday, 10 November 2013

SUSPEK UTAMA BUNUH PEG AMBANK GAGAL BOLOS KINI DIREMAN




Tiada berita yang lebih gembira untuk rakyat Malaysia hari ini selain daripada berita penangkapan suspek pembunuhan kejam Pegawai Bank pada 23 Oktober lalu.

Syukur Alhamdulillah dan tahniah kepada PDRM yang cekap dalam menjalankan operasi.

PEMBUNUH DAN PEROMPAK KERANI AMBANK INGIN MELARIKAN DIRI KE INDONESIA?

Pasukan khas Ops Cantas berjaya mengesan dan menjejaki suspek sehingga ke Johor.Operasi memburu suspek yang sudah hampir memasuki tiga minggu akhirnya berjaya


Siasatan kini memberi tumpuan kepada tujuan suspek berada di kampung itu sama ada untuk bersembunyi ataupun melarikan diri ke Indonesia.

Ia berikutan lokasi suspek ditahan dan Terminal Feri Tanjung Belungkor adalah dekat dan ia menyediakan perkhidmatan feri ke Indonesia ke Pulau Bintan dan ke Batam.

Sekali lagi kami sebagai rakyat MALAYSIA berterima kasih kepada POLIS DI RAJA MALAYSIA dan orang ramai yang memberi maklumat. TAHNIAH!


Kita sebagai rakyat Malaysia kena bersatu hati bersama PDRM membenteras jenayah supaya negara kita lebih aman dan penjenayah takut untuk buat jahat di negara ini.

Sekarang ini buka masa untuk menuding jari menyalahkan sesiapa. Sekarang adalah masa untuk kita buat yang terbaik untuk masa depan negara yang lebih aman dan baik.

Alhamdulilllah syukur kepada Allah dan Tahniah buat PDRM dan rakyat yang terlibat dalam penahanan tersebut.

No comments:

Post a Comment

 

Sample text

Sample Text

Sample Text


 
Blogger Templates