Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Pages

Thursday 7 November 2013

DAP Pertikai Tugas Polis lagi tidak "MUNASABAH dan Tiada KEPERLUAN"




Semalam ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2014, seorang Ahli Parlimen telah mempertikaikan jumlah Unit Cawangan Khas (Special Branch) atau lebih popular dengan panggilan SB sebagai tidak munasabah dan di luar keperluan.

Ini merupakan kali kedua Ahli Parlimen Bukit Mertajam dari DAP, Steven Sim, mempersoalkan peningkatan jumlah anggota polis Cawangan Khas (SB) yang menurutnya menggambarkan bahawa keadaan pada masa sekarang lebih buruk berbanding semasa peringkat pertama Darurat.

“SB merupakan unit khusus yang ditubuh untuk kerja-kerja risikan semasa Darurat. Adakah Malaysia bawah (Najib) lebih teruk berbanding semasa darurat?,” soal Sim.

Kenyataan daripada Ahli Parlimen ini hanya memberi gambaran kepada dua perkara. Pertama, beliau tidak memahami fungsi dan peranan SB.

Kedua, beliau mungkin bersubahat dengan organisasi jenayah terancang untuk melemahkan moral unit ini yang menjadi ancaman kepada mereka. Biarlah kita bersangka baik, Ahli Parlimen ini tergolong dalam kelompok pertama, iaitu tidak memahami peranan unit ini.


Mata-mata Gelap

Suatu ketika kita memanggil kelompok polis ini sebagai “mata-mata gelap”.  Mata-mata gelap merupakan rujukan kepada anggota Polis yang berpakaian biasa dan tidak mengenali mereka sebagai anggota Polis.  Nama sebenar ialah Polis Unit Cawangan Khas (Special Branch) atau lebih popular dengan panggilan SB.

Sungguhpun ia merupakan warisan daripada organisasi dan struktur kepolisan British namun ia telah melalui proses perkembangan dan penyusunan semula berdasarkan keperluan semasa. Selain negara-negara komanwel, SB turut wujud dalam Polis Di Raja Thailand. Di negara-negara lain termasuk Amerika Syarikat  mereka mempunyai unit yang berlainan nama tetapi memainkan peranan seperti SB.

Secara asasnya, mata-mata gelap berperanan menyamar untuk mengumpul maklumat kegiatan jenayah, keganasan dan sebarang ancaman kepada keselamatan negara dan masyarakat. Mereka akan bertindak mengumpul maklumat dan menyalurkan kepada unit-unit polis yang lain bagi tindakan secara undang-undang.

Bergantung kepada keadaan dan situasi, SB mungkin memantau kegiatan keganasan antarabangsa atau kegiatan jenayah tidak seberapa di luar bandar tetapi boleh memberi kesan kepada tempatnya. Dengan kata lain tugas SB bergantung kepada tempat beliau bertugas dan keperluan setempat.

Dalam banyak kes di negara ini, kumpulan-kumpulan kongsi gelap, organisasi jenayah dan tindakan anarki dikesan melalui maklumat yang dikumpul oleh unit ini.  Bukan tugas mereka menangkap kecuali keadaan terdesak, apatah lagi untuk mendakwa atau menyediakan kertas siasatan. Jika mereka muncul secara terbuka tidak mustahil nyawa menjadi taruhan.

Tidak dinafikan SB juga memberi maklumat-maklumat politik mengenai pandangan orang ramai terhadap politik negara. Ini merupakan sebahagian daripada bidang tugas mereka untuk membantu kerajaan memahami kehendak rakyat dan menggubal polisi yang tidak menyebabkan kemarahan rakyat dan mewujudkan anarki.

Tidak mustahil juga SB mengawasi ahli politik. Apakah ahli politik maksum dan berada di atas undang-undang?  Tentulah tidak. Terdapat ramai juga ahli politik pernah terlibat dengan komunis, KGB dan kongsi gelap. Jika mereka ini tidak diawasi oleh SB, bermakna keselamatan negara sedang terancam dan keharmonian negara boleh tergugat.

Jika tidak bersalah apa yang mahu ditakutkan?

PERTIKAIAN JUMLAH ANGGOTA SB

Sim (DAP-Bukit Mertajam) berkata, “unit SB hanya mempunyai 459 anggota pada 1954, yang membentuk hanya dua peratus dari keseluruhan kekuatan anggota. Bagaimanapun, terdapat 8,200 orang pegawai SB dalam pasukan polis pada 2012. Adakah Malaysia bawah (Najib) lebih teruk berbanding semasa darurat?”

Jumlah 459 anggota pada 1954 jika benar pun merupakan jumlah yang relevan ketika itu bukannya sekarang. Ini kerana fokus SB ketika itu ialah mengumpul maklumat mengenai kegiatan komunis dan anarki yang tertumpu di beberapa bandar dan kampung baru cina sahaja. Selebihnya tugas menghapuskan komunis merupakan tugas Rejimen Askar Melayu.

Jumlah rakyat Tanah Melayu pada tahun 1954 hanyalah 5 juta orang berbanding hari ini 27 juta orang. Bandar besar yang menjadi keperluan mendesak untuk risikan pun ketika itu hanyalah Kuala Lumpur dan Pulau Pinang berbanding hari ini merangkumi seluruh semenannjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.

Jaringan pengangkutan dan komunikasi yang pantas dan cekap hari ini; kepintaran rakyat yang menjadi penjenayah jauh lebih baik berbanding 1954 merupakan cabaran yang sangat hebat bagi alaf 2000 ini. Justeru membandingkan keganasan komunis dengan kecekapan penjenayah moden sangat tidak relevan dan tidak kena pada tempatnya.

Sebenarnya 8 ribu orang SB untuk merisik dan mengumpul maklumat di seluruh negara seluas 329.847 km persegi dan 27 juta orang rakyat Malaysia sangat tidak mencukupi jika kita mahu negara ini benar-benar sifar jenayah.

Laporan SB Lebih Banyak Dari Fail Siasatan Jenayah

Sim juga mmepertikaikan mengapa SB mempunyai kira-kira 380,000 laporan pada tahun lalu.

“Ini menjadikan 1,000 laporan sehari. Sebaliknya, Jabatan Siasatan Jenayah hanya mampu menyelesaikan 60,000 kes yang difailkan pada tahun itu. Ini hanya 15 peratus. Tidakkah lebih baik jika kecekapan SB digunakan untuk memerangi jenayah?,” tambahnya.

Pertanyaan ini sangat melucukan. Apakah Sim tidak tahu bahawa laporan-laporan SB ini sebahagiannya menjadi asas kepada pembinaan kes oleh pelbagai jabatan dalam Polis termasuklah Jabatan Siasatan Jenayah. Daripada 60,000 kes yang diselesaikan oleh JSJ, tidak mustahil membabitkan ratusan ribu laporan SB.

Adalah mustahil setiap laporan SB akan menghasilkan satu fail kes. Ini kerana laporan SB bersifat mengumpul maklumat penjenayah dan ancaman keselamatan. Sudah tentu laporan risikan sesuatu kegiatan kongsi gelap atau kumpulan anarki itu mengambil masa berbulan-bulan dan mneghasilkan ratusan atau ribuan laporan.

Sebagai Ahli Parlimen, Sim sepatutnya bertanya dan meminta penjelasan Polis mnegenai tugas SB sebelum menyebarkan hasutan kononnya SB digunakan sebagai alat politik. Jika SB digunakan sebagai alat politik BN, tentulah dengan jumlah 8000 orang SB pada tahun 2012, BN akan menjadi lebih kuat dalam pilihan raya.

Namun keputusan pilihan raya menunjukkan sebaliknya. Makin banyak SB, makin kurang kerusi yang dimenangi oleh BN. Ini jelas menunjukkan SB bukan menjaga kepentingan politik BN seperti yang cuba dinyatakan secara tersirat oleh DAP

No comments:

Post a Comment

 

Sample text

Sample Text

Sample Text


 
Blogger Templates