Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Pages

Thursday 7 November 2013

Desak Mohon Maaf secara terbuka-Bubar Parti Pas cadang Karpal Singh



Dewan Pemuda PAS meminta Pengerusi DAP, Karpal Singh untuk menarik balik dan memohon maaf secara terbuka kepada PAS mengenai cadangannya supaya parti politik atau persatuan yang berasaskan kaum dan agama termasuk PAS dibatalkan pendaftaran.


“Kami, dari Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, berharap Karpal akan menarik balik kenyataannya dan memohon maaf secara terbuka terutamanya kepada PAS. Kami tidak mahu hubungan dalam Pakatan Rakyat terjejas,” kata Ketua Pemudanya, Kamaruzaman Mohamad dalam satu kenyataan pada Rabu

Kamaruzaman berkata Karpal tidak harus menyamakan PAS dengan parti politik berasaskan agama dan kaum lain atau badan profesional.

“Kerana nila setitik rosak susu sebelanga. Peribahasa ini jelas menggambarkan kenyataan pengerusi DAP itu,” katanya.

Karpal yang juga Ahli Parlimen Bukit Gelugor pada Selasa menyelar Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM) yang mengingatkan Majlis Peguam supaya tidak menyokong isu penggunaan kalimah Allah dalam edisi bahasa Malaysia majalah katolik The Herald.

Beliau berkata, pendaftaran persatuan seperti itu patut dibatalkan

No comments:

Post a Comment

 

Sample text

Sample Text

Sample Text


 
Blogger Templates