Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Pages

Monday 18 November 2013

DASAR SYIAH -TARIK MINAT ORANG MUDA DENGAN PAKEJ MENARIK



Syiah guna kaedah nikah mutaah untuk tarik anak muda-nikah muta'ah antara tawaran yang digunakan penyebar fahaman syiah untuk menarik lebih ramai pengikut khususnya dari kalangan anak muda.

Malah lebih membimbangkan apabila ada yang beranggapan isteri orang boleh dinikahi dengan syarat jangan suami wanita berkenaan tahu.
Demikian pendedahan dibuat oleh Mufti Melaka, Datuk Wira Rashid Redza Md Salleh.

Menurutnya, syiah yang boleh merosakkan akidah umat Islam itu turut mewujudkan kerisauan kerana boleh meruntuhkan pembangunan ummah di negara ini.

“Syiah ini kita perlu faham apakah ajaran sebenarnya kerana di luarnya saduran cukup cantik, silap-silap bawa tawaran menarik. 

“Antara amalannya sembahyang boleh jamak, sembahyang Jumaat tak payah dan kahwin mutaah yang mampu menarik minat orang muda. 
"Nikah mutaah ini bila terdesak dibolehkan, malahan isteri orang boleh dinikahi dengan syarat jangan suami dia tahu,” 

Beliau berkata demikian semasa mewakili Ketua Menteri Melaka, Datuk Idris Haron merasmikan mesyuarat agung Persatuan Ulamak Negeri Melaka Ke-21 serta meraikan golongan haji dan hajjah di Dewan Sekolah Rendah Agama Peringgit, di Melaka, semalam.

Beliau turut melahirkan kerisauan akibat perkahwinan mutaah juga boleh meningkatkan penyakit kelamin.

“Saya difahamkan ada seorang pengikut ini sudah memiliki 40 hingga 50 suami melalui perkahwinan ini. Dan pernikahan ini pastinya boleh merosakkan keturunan,”

Beliau turut mendedahkan, Jabatan Mufti Melaka turut pernah menyekat permintaan sebuah pergerakan syiah di negeri berkenaan yang berhasrat menubuhkan madrasah mereka bagi menyebarkan fahaman itu.

Akibat halangan yang dikeluarkan katanya, kumpulan berkenaan dikesan bergerak secara halus menerusi orang perseorangan bagi mengelak dikesan pihak berkuasa dan usaha itu perlu dibanteras.

"Guru agama termasuk guru takmir dan persatuan ulama perlu bergerak bersama-sama dengan agensi agama negeri bagi memperhebatkan usaha memerangi fahaman syiah ini," 

Beliau menambah, fahaman syiah yang disebarkan secara halus bagi mengelak dihidu pihak bertanggungjawab perlu diperangi dengan memperkukuhkan asas agama umat Islam berlandaskan fahaman ahli sunnah wal jamaah

No comments:

Post a Comment

 

Sample text

Sample Text

Sample Text


 
Blogger Templates