Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Pages

Sunday 17 November 2013

DATUK HASAN ALI MAHU SERTAI SEMULA PARTI PAS ?



Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali sedia mempertimbangkan untuk kembali menyertai Pas jika parti itu betul-betul memperjuangkan Islam, memartabatkan Melayu, menjaga kesucian institusi diraja dan Perlembagaan negara.

Menurutnya, keputusan beliau juga bergantung kepada kehendak ahli dan penyokong Pas terutamanya pimpinan tertinggi jika mahukannya kembali kepada parti itu.

“Jika keadaan mengizinkan, ertinya jika perjuangan Pas di landasan betul dengan memperjuangkan Islam, keistimewaan Melayu, institusi diraja dan menghormati peruntukan-peruntukan yang termaktub dalam Perlembagaan, saya sedia mempertimbangkannya,” katanya pada sidang media, semalam.

Ketika mengulas mengenai Muktamar Pas ke-59 yang menyaksikan pertembungan golongan ulama dan pemimpin erdogan dalam perebutan jawatan timbalan presiden beliau menegaskan, Pas perlu dipimpin golongan ulama agar perjuangannya kembali kepada matlamat penubuhan asalnya yang kini goyah disebabkan wujud golongan ‘Anwarinas’ yang didakwanya seperti anai-anai yang mahu merosakkan parti itu.

“Namun saya berpendapat Datuk Seri Anwar Ibrahim bukan faktor utama kerana ia lebih kepada parasit dalam Pas yang berusaha menjatuhkan perjuangan asal. Saya secara peribadi mahu golongan ulama memimpin Pas, presiden, timbalan dan naib presidennya di kalangan ulama yang mementingkan ilmu dunia dan akhirat dan saya dapati pemimpin sebegitu ada dalam Pas,” katanya yang juga Presiden Jalur Tiga (Jati).

Dalam pada itu, beliau berpendapat supaya Pas mengkaji semula kedudukan parti itu dalam PR kerana peranan Pas seakan-akan tidak menonjol lebih-lebih lagi selepas PRU13.

“Seterusnya ialah tentang PR itu sendiri. Terdapat resolusi dan saya yakin ia akan dibawa ke muktamar iaitu mengkaji semula kedudukan Pas dalam PR.

“Saya harap ia dapat dicerminkan dalam muktamar kali ini dan keputusannya Pas meninggalkan PR,” katanya.

Sementara itu, Pesuruhjaya Pas III Selangor, Khalid Abdul Samad ketika diminta mengulas kesediaan Hasan itu, beliau berkata, tiada masalah untuk Pas menerimanya  semula sekiranya beliau benar-benar memahami perjuangan parti itu yang meletakkan Islam yang teratas.

No comments:

Post a Comment

 

Sample text

Sample Text

Sample Text


 
Blogger Templates