Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Pages

Sunday 17 November 2013

Anne Ngasri dan Suami kongsi Gambar Bulan Madu Di London


Romantis, itulah perkataan yang boleh digambarkan buat pelakon dan pengacara comel, Anne Ngasri bersama suami tercinta, Mohd Sumali Reduan yang difahamkan baru sahaja pulang daripada bercuti di London sejak Isnin lepas.

Melalui perkongsian foto-foto di laman sosial aktres tersebut, Anne dilihat hanya bercuti berdua sahaja bersama suaminya tanpa ditemani oleh anak-anak mahupun saudara mara yang lain.


Dalam pada itu, menerusi laman sosial yang sama, pelakon comel ini turut melahirkan rasa syukur kerana perkahwinan mereka hampir memasuki usia setahun dan sebagai seorang isteri, dia berharap agar perjalanan rumah tangga mereka akan berjalan dengan lancar.


Sebagai rujukan, Anne dan Sumali telah bernikah pada 23 Disember 2012 di kediaman keluarga lelaki di Pontian, Johor. Hasil perkahwinan tersebut, mereka telah dikurniakan seorang cahaya mata, Sufi Harraz pada tanggal 9 September 2013.


No comments:

Post a Comment

 

Sample text

Sample Text

Sample Text


 
Blogger Templates