Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Pages

Wednesday 27 November 2013

KARI NGERI-LAGI KES BUNUH DIRI DI PULAU PINANG

Klik Foto


Seorang lelaki ditemui mati dipercayai terjatuh dari tingkat lapan bangunan Suntech Sunshine Square Bayan Baru, di sini Rabu.

Mayat Lau Chuen Wei, 24, ditemui orang awam di tepi jalan berdekatan restoran makanan segera dalam keadaan parah pada pukul 8.30 pagi.

Klik Foto

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Supt Mohd Hatta Mohd Zain berkata, siasatan mendapati Lau bekerja sebagai seorang jurutera di sebuah syarikat perindustrian di Bayan lepas dan mempunyai alamat rumah di Jalan Raja Uda, Butterworth.

Klik Foto

"Lima belas minit sebelum kejadian, seorang penjaga parkir melihat Lau yang berpakaian serba hitam berjalan mundar-mundir di tingkat lapan bangunan berkenaan," katanya kepada pemberita di sini.

Klik Foto

Beliau berkata, kes itu diklasifikasi sebagai kematian mengejut dan mayatdihantar ke Hospital Balik Pulau untuk bedah siasat.

No comments:

Post a Comment

 

Sample text

Sample Text

Sample Text


 
Blogger Templates