Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Pages

Saturday, 23 November 2013

KELANTAN-BUANG BAYI LAGI KES DISEKOLAH AGAMA

Gambar hiasan
Tangisan seorang bayi dari sebuah bilik asrama sebuah sekolah agama dekat Pasir Pekan membongkar rahsia kelahiran seorang bayi lelaki masih bertali pusat yang dilahirkan pelajar tingkatan enam menggemparkan pengurusan sekolah berkenaan, pagi semalam.

Kejadian itu disedari seorang pekerja sekolah terbabit selepas pelajar perempuan berusia 18 tahun itu ditemui bersama bayi lelakinya yang baru dilahirkan di atas katil dalam bilik asrama tingkat satu bangunan itu.

Pelajar berasal dari Pasir Mas itu dipercayai melahirkan bayi di dalam tandas sebelum membawa anaknya yang masih bertali pusat ke dalam bilik tidur asrama sebelum terlantar akibat keletihan.

Pelajar terbabit dikatakan pernah mengadu sakit perut pada malam sebelum kejadian, namun dia mendakwa hanya sakit senggugut sebelum dipercayai meminta kunci bilik daripada pengawal keselamatan untuk naik ke bilik asrama.

Kejadian melibatkan kelahiran anak luar nikah ini bukan kali pertama berlaku di sekolah agama itu ia sudah berulang kali.Dibawah adalah petikan berita dari media perdana :

Gambar pelajar yang ditahan oktober lepas

"SELASA 22 OKT- Sebuah sekolah menengah agama berasrama di Pasir Pekan, Tumpat Kelantan, gempar apabila seorang pelajarnya melahirkan bayi lelaki dalam tandas asrama sekolah berkenaan semalam.

Kejadian itu disedari kira-kira jam 10 pagi oleh seorang kakitangan sekolah yang terdengar tangisan bayi ketika sedang mengambil keretanya tidak jauh dari asrama itu dan kemudian memanggil rakannya untuk membuat pemeriksaan.

Mereka kemudiannya memeriksa setiap bilik asrama dan terkejut dengan penemuan seorang bayi lelaki masih bertali pusat di hujung kaki seorang pelajar perempuan."
Klik buat duit tak perlu modal 1 sen pun

Persoalan yang timbul lebih kesemua kes melibatkan pelajar sekolah melahirkan anak luar nikah sudah ke tahap yang membimbangkan dan alasan yang masih lagi diguna pakai iaitu di perkosa.9 bulan adalah tempoh yang lama untuk memberi alasan sebegitu rupa.Inilah kesan apabila Jabatan bertindak untuk perangi Maksiat dicampuri oleh tangan tangan "hak kemanusian".Hingga hari ini kita masih tidak mampu mencegah kerana anasir sebegini masih berkepala besar dan diberi ruang untuk membela si pesalah.

No comments:

Post a Comment

 

Sample text

Sample Text

Sample Text


 
Blogger Templates